Gendang Pinggang
Bentuk gendang pinggang sangat unik. Bahagian tengahnya besar sedikit berbanding dengan kedua-dua hujungnya. Di kedua-dua hujungnya dipasang dua gelung untuk disambung dengan tali. Ketika membuat persembahan, gendang itu diikat pada pinggang pemain. Pemain tersebut akan memukul gendang itu dengan dua batang kayu pemukulnya untuk menghasilkan bunyi. Ia bukan sahaja menghasilkan muzik iringan dalam persembahan nyanyian dan tarian, malah menjadi alat yang digunakan oleh para penari ketika menari.