Cari:
Pekan Kuno Gongtan di Chongqing
2009-07-29 08:53:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Untuk mempromosi pakej pelancongan ke pekan kuno, kemudahan infrastruktur di kawasan pemandangan Pekan Kuno Gongtan di bandar Chongqing, sebelah barat daya China ini, sedang giat dibina. Kawasan pemandangan ini akan dibuka kepada orang awam menjelang cuti sepanjang 3 hari, sempena Hari Pekerja Antarabangsa 1 Mei tahun ini.

Pekan kuno dari zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing ini boleh dianggap sebagai kompleks bangunan kuno yang agak luas kawasannya dan yang dipelihara dengan sangat baik. Terdapat lebih 200 buah rumah "Siheyuan", iaitu rumah yang mempunyai laman, yang dibina dengan bata berwarna kelabu, dan berbentuk simetri, serta lebih 50 buah rumah "Diaojiaolou", iaitu rumah yang dibina di atas tiang yang tinggi, yang beraneka bentuk, di pekan kuno ini.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China