Cari:
Kampung-Kampung Kuno di Selatan Anhui- Xidi dan Hongcun (1)
2009-08-05 09:22:51 CRI Cetak

Pemandangan yang Indah di Kampung Hongcun

Kampung Xidi dan Hongcun merupakan dua buah kampung kuno yang paling tipikal antara kampung-kampung kuno di sebelah selatan Provinsi Anhui, China. Kesemua jalan, bangunan kuno, hiasan serta rumah yang lengkap dengan sistem bekalan air di kedua-dua buah kampung ini, merupakan warisan budaya yang cukup unik sehingga dapat disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 1999. Dengan pemandangan yang seindah taman, struktur keseluruhan yang masih dipelihara dengan baik, reka bentuk yang istimewa, serta susunan bangunan yang rapi dan menarik, kedua-dua kampung ini menjadi antara destinasi pelancongan yang diminati ramai di seluruh dunia.

Rumah-Rumah di Kampung Xidi

Kampung Xidi yang mempunyai sejarah hampir seribu tahun ini, digelar "dunia kecil (mikrokosma) kebudayaan tradisional China" dan juga "muzium rumah zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing China". Terdapat 122 buah rumah kuno yang masih dipelihara dengan utuh di kampung ini, yang menampung penduduk lebih seribu orang. Struktur keseluruhannya berbentuk kapal.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China