Cari:
Yang Xiong, Penyajak yang Bijaksana dan Berpemikiran Luas (4)
2009-07-15 10:08:47 CRI Cetak
Oleh sebab mengalami kegagalan dalam usaha mendapatkan anak lelaki setelah berdoa kepada langit pada tahun 12 sebelum Masehi, Raja Chengdi memutuskan untuk berangkat ke Fenyang (kawasan Baoding di Provinsi Shanxi sekarang) untuk berdoa kepada bumi pula. Tujuannya sama, iaitu untuk memohon supaya dapat anak lelaki.

Setelah menamatkan upacara berdoa, baginda mengetuai para menterinya untuk mengunjungi ibu kota kuno Dinasti Zhou, iaitu dinasti sebelum Dinasti Han yang dirajainya ketika itu. Baginda menghormati raja-raja yang pernah memerintah pada zaman ketiga-tiga dinasti sebelumnya, iaitu Dinasti Xia, Shang dan zhou yang kesemuanya membawa kemakmuran kepada rakyat. Ketika melihat tapak peninggalan sejarah, baginda berasa terharu, lalu memerintahkan Yang Xiong supaya menulis sajak untuk mencatatkan keadaan ketika itu.

Yang Xiong sentiasa yakin bahawa kemakmuran bagi masyarakat tidak sukar digambarkan, sebaliknya boleh dicapaikan sekiranya baginda mentadbir negara dengan betul dan bersungguh-sungguh. Kemakmuran pada masa yang lalu yang dinikmati oleh rakyat dalam tiga Dinasti, iaitu Dinasti Xia, Shang dan Zhou ini boleh diulang pada zaman Dinasti Han jika dasar yang bijak dilaksanakan.

Dengan demikian, Yang Xiong menulis sajak "Hedongfu" untuk menasihati supaya baginda menggembeleng tenaga untuk mentadbirkan negara dan bersungguh-sungguh melaksanakan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau berharap agar Raja Chengdi berjaya mencapai tahap kemajuan yang mengagumkan, dan tidak menolak kemungkinan baginda akan lebih cemerlang daripada raja-raja dari Dinasti Xia, Shang dan Zhou sebelumnya.

Walaunpun terharu dengan gambaran hidup yang diberikan oleh Yang Xiong dalam karyanya berhubung dengan prospek negara yang berkembang menuju ke arah kemakmuran dan kekayaan itu, namum Raja Chengdi tidak menggunakan pendekatan yang pragmatik untuk melaksanakan cadangan politik yang dikemukakan oleh Yang Xiong.

Pada bulan Disember tahun 11 sebelum Masehi, Raja Chengdi berangkat lagi ke luar istana. Tujuannya kali ini adalah untuk berburu. Yang Xiong tetap ditugaskan sebagai pelayan diraja bagi baginda. Walau bagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila menyaksikan pasukan pemburu yang bergerak secara besar-besaran itu. Yang Xiong berpendapat bahawa baginda terlalu kerap melakukan perjalanan ke luar istana, dan aktiviti ini biasanya menelan belanja yang besar. Tambahan pula, perjalanan seumpama itu, khususnya berburu, menjejaskan kehidupan seharian rakyat dan menghalang sektor pertanian berjalan seperti biasa.

Yang Xiong yang berasal dari keluarga petani ini lebih memahami kesan negatif aktiviti kegemaran diraja ini. Maka, beliau menulis sajak "Yuliefu" yang menggambarkan kegembiraan dan suasana yang riuh rendah ketika baginda berburu. Pada masa yang sama, beliau memujuk baginda supaya menghentikan perjalanan dan hiburan yang berlebih-lebihan, menumpukan perhatian kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengembangkan pertanian.

Bagaimanapun, raja Chengdi tidak menerima pendapat yang dikemukakan oleh Yang Xiong dan tetap meneruskan kegiatannya seperti biasa. Tindakan baginda itu memang mengecewakan Yang Xiong.

Pada musim gugur tahun 10 sebelum Masehi, kaum Hu yang menetap di bahagian utara China menghantar utusannya ke bandar Changan untuk mengadap Raja Chengdi. Untuk menggambarkan kerajaannya yang mempunyai kekayaan yang melimpah, wilayah yang luas dan sumber haiwan yang bermacam ragam, baginda memerintahkan rakyat di seluruh negara supaya menangkap burung dan haiwan yang ganas untuk dihantar ke istana Changyang di ibu kota. Setelah utusan daripada kaum Hu tiba di Changan kemudiannya, baginda membiarkan anggota rombongan daripada kaum yang pandai berburu itu menunjukkan kehebatan masing-masing di istana Changyang dengan binatang-binatang yang dilepaskan di situ. Keadaan berburu dalam bangunan istana ketika itu kelihatan dahsyat sekali.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China