Cari:
Yang Xiong, Penyajak yang Bijaksana dan Berpemikiran Luas (5)
2009-07-22 14:49:42 CRI Cetak
Setelah menyaksikan keadaan berburu dalam bangunan istana yang kelihatan dahsyat sekali ketika itu, raja Chengdi berasa sombong dan amat puas hati.

Walaupun berasa tidak senang hati dengan peristiwa tersebut, Yang Xiong enggan mengkritik baginda yang mempunyai wibawa dalam menerajui negara yang begitu luas ini secara terus terang. Beliau menggunakan saluran lain, iaitu menulis sajak 'Changyangfu" yang berlatarbelakangkan keadaan berburu di dalam bangunan istana Changyang itu, untuk mengemukakan pendapatnya kepada baginda.

Sajak "Changyangfu" ditulisnya dalam bentuk pertanyaan oleh tuan rumah dan jawapan oleh tetamu dan mengisahkan proses pembangunan negara sepanjang zaman Dinasti Han yang dirajai oleh nenek moyang raja Chengdi. Proses yang diceritakannya itu melibatkan penubuhan Dinasti Han yang diperjuangkan oleh raja Gaozu, iaitu raja pertama yang juga pengasas pemerintahan Dinasti Han, tempoh pelaksanaan dasar keutamaan yang amat memberi manfaat kepada kaum tani, iaitu ketika Raja Wendi dan Raja Jingdi memerintah dan tempoh peluasan wilayah yang dilakukan oleh Raja Wudi dengan menundukkan tentera etnik-etnik minoriti di kawasan sempadan.

Raja Chengdi sepatutnya belajar daripada jasa-jasa yang cemerlang yang disumbangkan oleh nenek moyangnya, dan mewarisi kesungguhn mereka supaya dapat mentadbir negara dengan baik. Ketenteraman masyarakat ketika itu tidak patut dijadikan alasan bagi baginda untuk menikmati kegemarannya secara berlebih-lebihan.

Sajak "Changyangfu" mencapai kejayaan besar dan turut tersebar dalam kalangan rakyat biasa di ibu kota Changan. Mereka yang membaca sajak itu amat kagum pada kehebatannya dan menganggapnya sebagai lambang bagi karya yang dihasilkan oleh Yang Xiong.

Walaunpun sudah beberapa kali menulis sajak untuk mengemukakan pendapatnya kepada raja Chengdi supaya mentadbir negara secara bersungguh-sungguh, Yang Xiong gagal menyaksikan kesan yang memuaskan hatinya. Cerita yang hampir sama dengan zaman Sima Xiangru berulang lagi. Sima Xiangru berulang kali menulis sajak kepada Raja Chengdi untuk memujuk baginda supaya menghentikan cita-cita dan kegiatannya untuk menjadi dewa. Baginda tidak menerima pandangan yang dikemukakan oleh Sima Xiangru, sebaliknya, semakin meningkatkan hasratnya untuk terbang ke syurga dan diterima sebagai dewa.

Dengan demikian, Yang Xiong faham bahawa sajak tidak begitu berkesan untuk membantu baginda supaya menerima pendapatnya yang diberikannya dengan ikhlas itu. Malah, kadang-kadang, sajak itu membawa kesan yang sebaliknya pula. Maka, Yang Xiong pun membuat perubahan yang besar dalam hal pengarangan sajak, iaitu memutuskan tidak mahu menulis sajak lagi.

Apabila ditanya tentang kegemarannya lamanya, iaitu menulis sajak, Yang Xiong biasanya menjawab secara terus terang bahawa beliau melakukannya disebabkan kejahilannya dan kerja itu mungkin lebih sesuai dilakukan oleh budak-budak sahaja. Beliau, malah memujuk mereka yang bertanya kepadanya itu supaya jangan memberikan perhatian terhadap pengarangan sajak kerana kegiatan itu sepatutnya dibuang sahaja oleh sarjana yang bercita-cita tinggi.

Yang Xiong membahagikan sajak kepada dua kategori, iaitu sajak yang ditulis oleh penulis yang semangat tinggi dan sajak yang ditulis dengan menggunakan perkataan yang indah-indah.

Contohnya, kumpulan sajak "Chuci" yang dihasilkan oleh Qu Yuan, penyajak tersohor dalam sejarah China itu, diiktiraf sebagai kategori pertama. Sementara itu, karya-karya yang dihasilkan oleh Sima Xiangru, penyajak yang pernah disanjung tinggi oleh Yang Xiong, dimasukkan dalam kategori kedua kerana kata-kata dalam sajak-sajaknya itu diberi penilaian sebagai 'keterlaluan" indahnya dengan tujuan untuk menarik perhatian pembaca semata-mata.

-----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China