Cari:
Zhang Juzheng, Ahli Politik dan Reformis Tersohor pada Zaman Purba China
2009-07-22 10:18:18 CRI Cetak

Zhang Juzheng merupakan seorang ahli politik dan reformis yang terkenal pada abad ke-16 iaitu zaman Dinasti Ming China. Pada masa itu, kerajaan Dinasti Ming yang pada dasarnya nampak stabil sedang menghadapi pelbagai krisis politik dan sosial yang terutamanya tertumpu pada sistem pelantikan pegawai, pertahanan kebangsaan dan kehidupan rakyat.

Zhang Juzheng dilahirkan pada tahun 1525 Masihi dalam sebuah keluarga rakyat jelata. Menurut catatan sejarah, Zhang Juzheng telah lulus daripada peperiksaan kerajaan dan dilantik sebagai pegawai kerajaan semasa berusia 22 tahun. Setelah menceburi pentadbiran, Zheng Juzheng mendapati bahawa pegawai yang bermoral rendah sentiasa makan rasuah, pertahanan kebangsaan sangat lemah dan rakyat jelata dikenakan cukai yang terlalu tinggi. Zhang Juzheng telah melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan negara. Beliau mengeluarkan cadangan kepada maharaja agar menimbangkan pandangannya tentang pelaksanaan pembaharuan politik. Akan tetapi, cadangan beliau tidak diterima oleh maharaja disebabkan kedudukannya yang rendah.

Dalam masa selama lebih 20 tahun selepas itu, Zhang Juzheng telah memperlihatkan keterampilan dan kemampuannya yang tinggi dalam pentadbiran dan pangkatnya juga dimainkan secara berterusan. Semasa berusia 47 tahun, Zhang Juzheng dilantik sebagai Pembantu Utama Maharaja. Dalam masa selama 10 tahun selepas itu, beliau membantu maharaja mentadbir negara, melaksanakan pembaharuan dan telah membangunkan Dinasti Ming yang dulunya lemah dan kacau-bilau menjadi negara yang makmur dan kuat.

Dasar pembaharuan telah dilaksanakan oleh Zhang Juzheng terutamanya dalam bidang pelantikan pegawai, pertahanan kebangsaan dan kehidupan rakyat.

Dalam bidang pelantikan pegawai, beliau telah melaksanakan sistem personel yang baru. Keterampilan dan kemampuan pegawai pelbagai peringkat sentiasa dinilai berdasarkan ujian yang dilaksanakan terhadap mereka. Pegawai yang berbakat dan yang telah mencapai kejayaan telah dipuji dan pangkatnya telah dinaikkan, manakala pegawai yang bersalah atau yang melanggar undang-undang telah dijatuhi hukuman.

Dalam bidang pertahanan kebangsaan, Zhang Juzheng melantik pegawai yang berbakat, berusaha meningkatkan kekuatan pertahanan kebangsaan dan menjalankan dasar luar yang fleksibel dan sederhana. Dengan berbuat demikian, beliau telah menjalinkan hubungan persahabatan yang stabil antara kerajaan Dinasti Ming dengan pelbagai puak etnik minoriti di sekitarnya.

Dalam bidang kehidupan rakyat, Zhang Juzheng telah menghukum anggota keluarga dan sanak saudara maharaja, pegawai kanan, kaum bangsawan dan tuan tanah yang merampas tanah rakyat jelata secara haram dan telah mengurangkan beban cukai yang terlalu berat yang dikenakan terhadap kaum petani. Pelaksanaan dasar pembaharuan tersebut telah mendorong kestabilan masyarakat dan pembangunan ekonomi kerajaan Dinasti Ming.

Zhang Juzheng merupakan seorang intelektual yang telah menerima pendidikan Falsafah Konfusius yang tulen. Beliau ialah seorang yang jujur, lurus dan adil. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang berani melaksanakan pembaharuan dan bertanggungjawab. Beliau sentiasa bercita-cita luhur untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada orang awam. Beliau meninggal dunia pada tahun 1582 semasa berusia 57 tahun akibat diserang penyakit.

Walaupun penilaian terhadap Zhang Juzheng berbeza pada zaman silam di China, tetapi sanjungan tinggi terhadap keterampilan dan kejayaan beliau dalam bidang politik telah diiktiraf oleh pakar dan sarjana zaman sekarang. Pakar dan sarjana dalam bidang kajian sejarah China dan luar negara telah menyelidik erti pelaksanaan dasar pembaharuan daripada Zhang Juzheng pada zaman itu dan telah mengiktiraf peranan positifnya dalam perkembangan sejarah China. "Zhang Juzheng" yang ditulis oleh Xiong Zhaozheng, penulis terkenal zaman sekarang China telah mendapat sambutan baik daripada para pembaca dan pengkritik serta telah dihadiahkan Anugerah Sastera Mao Dun, salah satu anugerah tertinggi kalangan kesusasteraan di China pada masa ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China