Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Sungai Mengalir". Lagu rakyat ini menceritakan kisah seorang gadis yang tinggal di tepi sungai di kaki gunung, manakala kekasihnya bertugas jauh di atas gunung. Gadis itu amat merindu kekasihynya ketika melihat bulan, lalu dia menyeru nama kekasihnya dengan penuh perasaan hingga sampai ke kawasan pergunungan itu, dengan harapan kekasihnya dapat mendengar suaranya. Yan Weiwen mencurahkan perasannya dalam persembahannya ketika menyanyi lagu ini. Silalah nikmati lagu "Sungai Mengalir".
Beberapa tahun kebelakangan ini, Yan Weiwen gigih mengumpul dan menyusun sumber lagu rakyat tradisional China. Dengan usaha tersebut, beliau berjaya mengeluarkan album "Lagu Cinta Kawasan Barat China", "Lagu Cinta Dataran Tinggi Tanah Kuning" dan "Lagu Cinta Tanah Merah" yang mendapat sambutan baik daripada orang ramai. Yan Weiwen juga merancang untuk mengeluarkan album yang bertajuk "Siri Lagu Rakyat China Nyanyian Yan Weiwen", untuk mengumpul sebanyak mungkin lagu rakyat China yang bagus di dalamnya.
Album "Lagu Cinta Tanah Merah" dihasilkan dengan mengekalkan corak lagu rakyat yang asal di samping disuntik ciri moden dari segi irama dan muzik supaya budaya etnik China menjadi lebih menarik.
Seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Mengagak Irama". Lagu ini selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika mereka bermain bersama-sama. Muziknya merdu, lirik lagunya mememberikan banyak pengetahuan yang amat berfaedah bagi kanak-kanak. Antara liriknya berbunyi "Kanak-kanak marilah. Aku tanya, kamu jawab. Apa benda yang tinggi hingga sampai ke langit? Apa yang tumbuh dalam air? Apa benda yang panjang dijual di tepi jalan? Apa benda yang panjang muncul di depanmu? Bima Sakti tinggi hingga sampai ke langit. Akar teratai tumbuh dalam air. Bihun yang panjang dijual di tepi jalan, dan tali yang panjang muncul di depanku." Silalah nikmati lagu ini.
Yan Weiwen ialah seorang penyanyi daripada pasukan tentera. Beliau amat diminati oleh tentera dan orang awam. Beliau juga merupakan salah seorang wakil penyanyi daripada kalangan penyanyi lagu rakyat China. Menurut beliau, merakam dan menerbitkan album lagu rakyat bukan semata-mata merupakan pencapaian baginya, tetapi juga baik untuk meningkatkan kecekapannya. Menurut beliau lagi, mewariskan lagu rakyat dan menyemarakkan budaya merupakan tugas yang tidak boleh diabaikan oleh penyanyi profesional.
Seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Membawa Kuda Meragut Rumput di atas Bukit". Lagu ini amat popular di Yunnan. Yan Weiwen, ketika menyanyikan lagu ini tidak hanya mengikut cara lama sahaja, malah nyanyian iringan yang bercorak RAP juga ditambah supaya lagunya mampu menggambarkan sifat penggembala yang terbuka dengan lebih baik, dan menjadikannya lagu yang lebih menarik.
Dalam album "Lagu Cinta Tanah Merah" pula, Yan Weiwen mempersembahkan lagunya dengan teknik nyanyian yang berbeza. Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Perasaan terhadap Laluan The Purba". Laluan Teh khusus merujuk laluan perdagangan yang terletak di kawasan barat daya China pada masa dahulu. Dulu, penduduk bangsa Han dan etnik Tibet selalu bertukar-tukar teh dengan kuda di kawasan tersebut. Lagu "Perasaan terhadap Laluan The Purba" menceritakan kisah cinta yang berlaku di laluan tersebut. samapikan berjumpa lagi.