Cari:
Konsert Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China
2009-08-03 10:28:14 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China telah mengadakan konsert yang bertema "Terbang Ikut Sayap Lagu" di Beijing. Dalam rancangan hari ini, saya akan membawa saudara menikmati persembahan daripada konsert itu.

Lagu yang saudara dengar ini ialah lagu yang berjudul "Muzik Tarian Golongan Muda" yang dinyanyikan oleh kumpulan paduan suara kanak-kanak tersebut. Lagu ini lagu rakyat etnik Uygur. Iramanya merdu dan rentaknya cepat. Lirik lagunya berbunyi, antara lain, "walaupun matahari sudah turun, tetapi esok pagi ia akan naik semula. Bunga akan kembang lagi pada tahun depan selepas layu. Tetapi, masa muda tidak datang lagi selepas berlalu."

Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Kumpulan Simfoni China ini adalah salah sebuah kumpulan paduan suara kanak-kanak yang terkenal di China. Ia ditubuhkan oleh pemimpin pancaragam terkenal, profesor Yang Hongnian pada tahun 1983. Anggota kumpulan paduan suara ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Beijing. Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, kumpulan paduan suara ini pernah diundang untuk membuat persembahan di A.S., Jepun, Austria, Jerman dan Kanada. Persembahan mereka mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan penduduk di tempat-tempat tersebut.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Meniup Hulusheng" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China ini. Irama lagu ini memancarkan dengan jelas ciri etnik minoriti yang tinggal di kawasan barat daya China.

Dalam konsert tersebut, Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China ini telah mempersembahkan lagu kanak-kanak tradisional China, lagu rakyat dan juga lagu dari negara asing. Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu tanpa iringan muzik yang berjudul "Memuji Kuda". Lagu ini ialah lagu rakyat etnik Mongol.

Dalam tempoh 20 tahun lebih, kumpulan paduan suara ini telah memenangi anugerah peringkat antarabangsa sebanyak enam kali, hingga ia dikenali sebagai sebuah daripada 7 buah kumpulan paduan suara kanak-kanak yang terbesar di dunia sekarang ini. Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu Rusia yang berjudul "Bulbul" yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China ini.

Suara dan vokal Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China ini jelas dan lantang, manakala nyanyian mereka bagi semua bahagian lagunya harmoni. Mempersembahkan seni muzik paduan suara ini bukannya mudah, tetapi mereka mampu melaksanakannya. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama nikmati lagu yang berjudul "Terbang Ikut Sayap Lagu" yang juga merupakan tema konsert kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China