Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Hulun Buir2
2009-08-12 10:35:16 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan meneruskan penjelasan tentang lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Hulun Buir.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Daur yang berjudul "Hati yang Ikhlas". Sebilangan besar masyarakat etnik Daur ini tinggal di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan provinsi Heilongjiang China. Berburu dan bertani merupakan punca rezeki mereka di samping industri perikanan yang sedang berkembang pesat di sana. Orang etnik Daur suka menyanyi dan menari serta aktivif dalam sukan. Lagu ini menceritakan kisah seorang pemuda yang amat mencintai kekasihnya.

Dalam rancangan minggu lalu, saya pernah menyatakan bahawa Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Hulun Buir ini ialah kumpulan paduan suara yang anggotanya terdiri daripada kanak-kanak etnik minoriti. Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu rakyat Mongol yang berjudul "Wulaleji". "Wulaleji" ialah nama sejenis bunga yang berwarna merah. Pada musim panas, bunga Wulaleji berkembang dengan banyaknya, sejauh mata memandang di padang rumput. Lagu ini memuji-muji keindahan bunga Wulaleji dan menyampaikan rasa cinta penduduk Mongol terhadap kampung halaman mereka.

Suara kanak-kanak kumpulan paduan suara ini bersih dan sederhana. Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh mereka bukan sahaja menceritakan pemandangan semula jadi yang indah, tetapi juga menceritakan kehidupan, kerja, rasa cinta dan pelbagai permainan kanak-kanak. Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu kanak-kanak etnik Mongol yang berjudul "Heihei, Dairicha". Kanak-kanak etnik Mongol ketika bermain bersama-sama selalu bersoal-jawab melalui nyanyian tanpa membuat persediaan. Ini akan menguji kecekapan dan kemampuan berbahasa penyanyi.

Seterusnya saya akan menghidangkan lagu etnik Ewenki yang berjudul "Sungai Maoaojikan". Orang etnik Ewenki kebanyakannya tinggal di provinsi Heilongjiang dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Hidup mereka bergantung terutamanya kepada usaha memburu dan menggembala. Selalunya, apabila kaum lelaki pulang dari memburu, mereka beramai-ramai akan berkumpul di tepi unggun api untuk menyanyi dan menari untuk merayakan hasil perburuan mereka. Muzik dan lirik lagu selalu dicipta secara spontan tanpa persediaan.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu etnik Daur yang berjudul "Perhimpunan Burung". Lagu ini menceritakan padang rumput dan hutan Hulun Buir pada musim bunga yang menarik pelbagai jenis burung. Lirik lagunya, antaranya berbunyi "Pada pagi di hutan, burung menyanyi sambil menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Mereka hidup dan bermain dengan gembira di alam semula jadi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China