Selepas itu, Yang Xiong memulakan penyelidikan secara bersungguh-sungguh sehingga lebih 20 tahun lamanya. Beliau berjaya menghasilkan "Fangyan", karya yang pertama di China yang berkaitan dengan loghat daerah pada tahun 16 Masehi.
Liu Xin, seorang rakan karib Yang Xiong, mahu membaca "Fangyan", lalu menghantar pelayannya ke rumah Yang Xiong untuk meminjam buku itu. Tetapi, Yang Xiong tidak mahu buku yang dihasilkannya dengan titik peluhnya itu segera diketahui ramai. Maka tidak bersetuju meminjamkan buku itu kepada Liu Xin, yang dilihatnya sebagai orang besar ketika itu.
Yang Xiong masih mempunyai seorang lagi rakan sekerja yang menceburkan diri dalam arena politik pada masa yang hampir sama dengannya, iaitu Wang Mang. Beliau merancang untuk menggulingkan kerajaan Han sejak sekian lama. Jadi, dia berusaha untuk memancing tokoh-tokoh yang dianggapnya bijaksana, seperti Yang Xiong. Setelah mendapat khabar bahawa Yang Xiong telah menghasilkan beberapa buah buku, termasuk "Qinqingyin" (muzik yang merdu yang dikeluarkan oleh Qin, sejenis alat muzik tradisional China) pada tahun 4 Masehi, Wang Mang segera menghantar surat permohonan kepada Maharaja Pingdi untuk menggubal muzik diraja yang rasmi mengikut buku-buku yang dihasilkan oleh Yang Xiong itu.
Pada tahun 9 Masehi, Wang Mang berjaya menggulingkan pemerintahan Dinasti Han, lalu ditabalkan sebagai maharaja yang baru. Beliau mengharapkan Yang Xiong berkhidmat dalam kerajaan baru yang diterajuinya. Tetapi, Yang Xiong tidak berminat lagi terhadap arena politik dan hanya berminat untuk menyemak hasil karyanya dan melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan kesusasteraan.
Dibandingkan dengan Yang Xiong yang menjauhkan diri daripada arena politik, "pengampu" pula, ramai yang berwaha untuk diterima oleh Wang Mang supaya dapat memegang jawatan dalam kerajaan barunya. Mereka berluma-lumba menyerahkan "Fuming" (sejenis alat meramal nasib yang dikeluarkan dalam bentuk kertas, batu, batang buluh atau logam) yang dicipta mereka kepada baginda dengan tujuan untuk dilantik sebagai pegawai kerajaan baginda.
Pada masa itu, Yang Xiong hanya menumpukan perhatiannya kepada kajian kesusasteraan dan pengarangan buku.
Ada orang yang mencemuh Yang Xiong, menyatakan bahawa beliau hanyalah orang biasa, standard moral dan etikanya jauh di bawah manusia biasa pada umumnya. Kononnya, reputasinya yang tinggi itu hanya direka-reka sahaja. Beliau dikatakan tidak mampu berkhidmat untuk kerajaan baru, malah tidak layak untuk menyandang jawatan yang biasa yang sudah dipegangnya ketika itu, iaitu "Huangmensilang".
Yang Xiong segera menghasilkan sebuah karangan yang bertajuk "Jiechao" (yang membuat kritikan tentang perkara yang tercela dengan cara yang sinis) untuk menyampaikan hasratnya yang sebenar. Ketika itu, Yang Xiong sudah hilang semua minatnya terhadap arena politik yang penuh dengan pergolakan. Sukar baginya untuk meramal masa depannya dalam politik dan jawatan atau tidak. Menjauhkan diri dari kerajaan baru itu merupakan pilihan baginya untuk menghindarkan diri daripada menghadapi kemungkinan ditimpa penindasan dari segi politik pada bila-bila masa. Jadi, kesusasteraanlah minat sebenar baginya.
Setelah "Jiechao" diedarkan, karangan itu terus menjadi terkenal dan mendapat sambutan yang begitu hangat, lebih hangat daripada "Dakenan" (sukar untuk menjawab pertanyaan tetamu) yang dihasilkan oleh Dongfang Suo, seorang sasterawan yang juga tersohor ketika itu.
----DAZHONG