Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang merupakan taman diraja zaman feudal yang paling besar keluasannya yang masih wujud sekarang di China. Taman ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu kawasan istana, kawasan tasik, kawasan padang rumput dan kawasan gunung. Kawasan istana merupakan tempat maharaja menguruskan pentadbiran negara, mengadakan upacara perayaan yang penting dan tempat penginapan.
Terdapat banyak istana dan dewan yang mempunyai fungsi masing-masing di kawasan seluas lebih 100 ribu meter persegi ini. Di kawasan tasik, terdapat 8 buah pulau kecil dan beberapa beting yang penuh dengan pokok hijau, pemandangan di situ seolah-olah pemandangan di bahagian selatan China, sehingga kawasan itu merupakan tempat pemandangan yang paling indah di taman itu. Kawasan padang rumput terletak di sebelah utara kawasan tasik, di kawasan yang luas itu terdapat pepohon dan padang rumput. Kawasan yang paling luas ialah kawasan gunung, menempati 4/5 daripada seluruh keluasan taman itu. Di kawasan itu terdapat gunung, lereng gunung terjal dan lembah gunung yang dalam, pemandangan alamnya sungguh indah.