Cari:
Kuil Putuozongcheng
2009-09-16 10:26:52 CRI Cetak

Kuil Putuozongcheng di Kuil Pule yang mula dibina pada tahun 1767 merupakan kuil yang terbesar antara 8 buah kuil tersebut. Kuil ini dibina berdasarkan bentuk Istana Potala di Bandar Lhasa, Tibet yang terkenal dan digelar Istana Potala Kecil.

Kuil ini terdiri daripada 60 buah bangunan. Bangunan-bangunan tersebut dibina dengan teratur menurut tinggi rendah lereng gunung, susunannya bukan sahaja rapi tetapi juga sesuai dengan muka bumi di sana. Bangunan utamanya Dahongtai setinggi 43 meter, sangat megah. Kuil Anyuan dibina berdasarkan seni bina Kuil Gurza di Bandar Ili, Xinjiang. Bangunan-bangunan di 8 kuil itu telah memperlihatkan perpaduan pelbagai etnik pada zaman Dinasti Qing di China yang dianjurkan dan disokong oleh maharaja Dinasti Qing. Selain itu, pembinaan bangunan-bangunan tersebut juga telah memainkan peranan pertukaran kebudayaan dan seni bina antara pelbagai etnik pada waktu itu.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China