Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Mongol yang berjudul "Sungai Hailar". Orang etnik Mongol kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, bahagian utara China dan juga ada sebilangan kecil yang tinggal di kawasan timur laut dan barat laut. Sejak beratus-ratus tahun yang lalu, masyarakat etnik Mongol selalu berhijrah ke padang rumput yang lebih subur demi binatang ternakan mereka. Menyanyi merupalan komponen penting dalam kehidupan masyarakat etnik Mongol. Lagu "Sungai Hailar" menceritakan pemandangan yang indah di tepi sungai Hailar, di samping menyampaikan rasa cinta dalam hati penyanyi. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Air Sungai Hailar jenih dan mengalir berliku-liku ke tempat yang jauh. Gadis yang cantik dan rendah hati, senyumannya yang begitu manis, kekal tersimpan di dalam hatiku."
Dalam rancangan sebelum ini, saya telah menceritakan asal dan anggota Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Hulun Buir ini. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dan merupakan kumpulan paduan suara kanak-kanak yang pertama di China yang anggotanya terdiri daripada kanak-kanak etnik minoriti. Menurut pemimpin seni kumpulan paduan suara ini, anggota kumpulan paduan ini dipilih daripada lebih 300 kanak-kanak, dengan umurnya yang paling tinggi 13 tahun, manakala yang paling rendah 6 tahun. Walaupun mereka tidak pernah menerima latihan vokal, tetapi suara mereka dapat memperlihatkan kedinamikan mereka.
Seterusnya saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Ewenki yang berjudul "Swan". Masyarakat etnik Ewenki kebanyakannya tinggal di provinsi Heilongjiang dan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, kawasan timur laut China. Berburu dan menggembala merupakan punca rezeki mereka. Lagu ini menceritakan tentang "swan" yang hidup di padang rumput yang indah, sekali gus menyampaikan rasa cinta penduduk Ewenki terhadap alam semula jadi.