Cari:
Yang Xiong, Penyajak yang Bijaksana dan Berpemikiran Luas (9)
2009-08-19 16:40:59 CRI Cetak

Walaupun berusaha menghindari daripada ditimpanya penindasan dari segi politik, Yang Xiong tetap juga mengalami kemalangan yang ditimbulkan oleh "Fuming" (sejenis alat meramal nasib yang dikeluarkan dalam bentuk kertas, batu, batang buluh atau logam).

Asal usulnya disebabkan Wang Mang yang menggulingkan pemerintahan Dinasti Han dan berjaya merebut takhta. Beliau mencari alasan bahawa takhtanya diberikan oleh Tuhan mengikut arahan "Fuming". Sebenarnya, "Fuming" tersebut adalah palsu yang sengaja direka olehnya. Baginda berasa bimbang akan musuh politiknya mencontohi tindakannya dalam usaha menggoyangkan rejim yang baru ditubuhkannya. Dengan demikian, baginda memutuskan untuk mengharamkan semua kegiatan yang berkaitan dengan "Fuming". Mereka yang melanggar peraturan itu akan dijatuhi hukuman yang berat.

Anak Liu Xin, yang masih mahu mengampukan maharaja dengan "Fuming" yang direka olehnya, terlanggar akta yang baru dikeluarkan itu. Baginda berasa marah dan memutuskan untuk membuangkannya ke kawasan sempadan. Selain anak Liu Xin, mereka yang berkaitan dengan kes tersebut semuanya ditangkap dan dimasukkan dalam penjara dengan dijatuhi hukuman berat.

Sebelum itu, Yang Xiong pernah mengajar anak Liu Xin tentang kata-kata yang jarang dipakai. Sejumlah musuh kepada Yang Xiong mengambil alasan itu untuk mencela penyajak itu yang sudah menjauhkan diri daripada arena politik.

Raja Wang Mang percaya kepada taklimat yang diserahkan oleh musuh Yang Xiong, lalu menugaskan askar-askar untuk menangkapnya. Pada masa itu, Yang Xiong sedang melakukan penyelidikan terhadap buku-buku di Balai Tianlu. Beliau berfikir bahawa ini pastilah jebakan politik yang dipasang oleh musuhnya, jika dimasukkan dalam penjara, ia sukar baginya untuk mengelakkan diri daripada dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak mahu menjelaskan kes itu dengan susah-susah dan turut melompat dari bumbung Balai Tianlu untuk membunuh diri. Akibatnya, Yang Xiong tetap selamat selepas melompat dari tempat yang begitu tinggi. Beliau hanya cedera pada kakinya. Selepas itu, sekelompok musuhnya sengaja menggubal sebuah sajak dalam cara sinis untuk mencela perkara itu. Sajak itu berbunyi bahawa Yang Xiong melompat dari bumbung balai disebabkan sudah bosan pada kehidupan yang sepi, manakala beliau menjalani kehidupan yang sepi kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kegiatan "Fuming" sahaja. Penggubal sajak itu sebenarnya bertujuan untuk mencemuh nama Yang Xiong dengan alasan yang bukan-bukan.

Bagaimanapun, raja Wang Mang amat mempercayai Yang Xiong, penyajak yang bijaksana dan beretika yang sama sekali tidak berminat pada kegiatan "Fuming". Baginda menitahkan pegawainya menyiasati kes itu, lalu membebaskan Yang Xiong dari penjara dan membantu menjelaskan khabar angin yang mengrisaukannya. Selain itu, Baginda memecatkan jawatan yang dipegang oleh Yang Xiong untuk sementara waktu kerana mahu membantunya cepat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya. Apabila Yang Xiong sembuh, baginda segera mengeluarkan perintah untuk memulihkan jawatan yang dipegangnya pada masa dahulu.

Setelah sembuh daripada kecederaan dan keluar untuk menyandang semula jawatan asalnya, Yang Xiong menjadi lebih sensitif dan berjaga-jaga pada tingkah lakunya. Beliau menumpukan perhatian besar terhadap usaha menghasilkan karya kesusasteraan. Dalam tempoh masa itu, Yang Xiong berjaya menghasilkan beberapa buku seperti "Taixuan" dan "Fayan". Antaranya, "Taixuan" yang dikarangkan itu dengan mengikut contoh "Kitab Yi", merupakan karya yang paling membanggakannya.

----DAZHONG.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China