Modou merupakan peralatan tukang kayu tradisional China. Ia biasanya digunakan untuk membuat garis lurus yang panjang. Pada bahagian belakang alat ini terdapat sebuah roda untuk menggulung benang, dan di bahagian hadapan terdapat satu penampung dakwat yang di dalamnya diisi kapas atau span.
Modou diletakkan di satu hujung kayu. Benang yang terbelit pada roda itu ditarik panjang selepas terendam dakwat dalam penampung dakwat terus sampai hujung lain kayu. Apabila benang itu teranjal pada kayu, satu garis lurus telah dilukis pada tempat yang diinginkan.
Reka bentuk Modou pelbagai. Penampung dakwat ada yang berbentuk pic, ada yang berbentuk ikan dan ada juga yang berbentuk naga.
Dalam gambar tampak alat penggaris ini yang dihias dengan ukiran singa.