Cari:
Wamao, Hiasan Atap Rumah
2009-08-31 18:44:26 CRI Cetak

Hiasan di atap rumah merupakan komponen penting bangunan rumah rakyat China. Selepas zaman Dinasti Han iaitu pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi, ukiran batu bata berbentuk ikan ditempatkan pada bumbung atap rumah oleh rakyat China.

Menurut pandangan rakyat pada zaman itu, ikan boleh meluahkan air, maka dapat mencegah kebakaran. Lantaran itu, ukiran batu bata berbentuk naga dan haiwan lain juga dipasang di bumbung atap rumah untuk doa selamat dan tolak bala seperti menghindarkan bencana dan kemalangan.

Selain ukiran batu bata, ukiran haiwan yang diperbuat daripada tembikar dan genting glaze juga dipasang di atap rumah.

Ukiran batu bata berbentuk kucing merupakan hiasan ukiran haiwan yang ditempatkan di atap rumah penduduk di Provinsi Yunnan di barat daya China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China