Suona
Suona yang mempunyai sejarah lebih 700 tahun ini, merupakan alat muzik tiupan klasik yang berasal dari kawasan Parsi dan Arab pada zaman silam. Sejak dibawa masuk ke bahagian utara China pada abad ke-13, ia selalu dimainkan dalam pancaragam kerajaan dan opera rakyat, atau dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian ketika berlangsungnya sesuatu perayaan atau pesta.
Struktur Suona sangat ringkas. Pada bahagian atasnya dipasang satu mulut tempat meniup yang diperbuat daripada mensiang, manakala pada bahagian badannya ditebuk lapan lubang untuk mengeluarkan bunyi. Pada bahagian bawahnya pula dipasang sebuah trompet untuk membesarkan dan memerdukan bunyinya.