Tapak Peninggalan Kota Wandu
Ibu kota Negeri Gaogouli terdiri daripada dua bahagian iaitu Kota Guonei di kawasan dataran dan Kota Wandu di kawasan pergunungan yang berdekatan antara satu dengan lain. Raja Negeri Gaogouli tinggal di Kota Guonei di bahagian dataran, apabila berlaku peperangan dan peristiwa kecemasan, baginda berundur ke Kota Wandu di kawasan pergunungan. Kesan tinggalan sejarah yang ditemui menunjukkan sistem pertahanan di kota kawasan pergunungan sempurna lagi kukuh, ia terdiri daripada tembok kota, pintu tembok kota, jalan laluan untuk askar penunggang kuda, pos dan menara kawalan untuk meninjau keadaan tentera musuh. Selain itu, pakar arkeologi juga menemui kesan tinggalan kolam takungan air dan kesan tapak dewan dan rumah kediaman.