Cari:
Penjelajahan ke Barat (1)
2009-09-16 17:56:31 CRI Cetak
"Penjelajahan ke Barat", sebuah novel mitos yang agak popular dalam kalangan kanak-kanak di China, menceritakan legenda tentang Sami Besar Tang Seng dan tiga orang perantisnya, iaitu Sun Wukong, Zhu Bajie dan Sha Seng yang menundukkan banyak setan dan iblis sepanjang penjalanan ke India untuk belajar ilmu agama Buddha dan memohon diberi kitab agama itu. Novel ini penuh dengan kecerdasan dan imaginasi umat manusia yang luar biasa serta mitos-mitos yang mengejutkan.

"Perjelajahan ke Barat" dihasilkan pada zaman Dinasti Ming, iaitu kira-kira 400 tahun yang lalu. Penulisnya, Wu Chengen, menghasilkan naskhah pertama novel tersebut ketika hampir mencecah separuh umur, dan menyempurnakan kandungannya berdasarkan beberapa banyak legenda yang dikutipnya dari kalangan rakyat.

Di China, "Penjelajahan ke Barat" merupakan sebauh novel yang dikenali oleh hampir setiap orang. Cerita-cerita yang tercatat dalam novel ini meniti di bibir rakyat kerana sifatnya yang menarik. Sejak dihasilkan, "Penjelajahan ke Barat" terus menjadi kegemaran ramai dan kerap kali digunakan oleh pencerita sebagai bahan ceritanya, malah gambar dengan penerangan, lukisan dan opera yang mempunyai kaitan dengannya muncul dalam begitu banyak.

Hingga hari ini, dengan perkembangan teknologi baru, drama TV bersiri dan filem-filem yang dihasilkan daripada cerita-cerita "Penjelajahan ke Barat" Ini semakin banyak, sehingga menjadikan novel ini bahan yang paling kerap disadur di negara ini. 

Sebenarnya, "Perjelajahan ke Barat" mengisahkan satu peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman Dansti Tang China, iaitu kira-kira 1,400 tahun yang lalu berkait dengan Sami Besar Xuan Zang yang berjalan kaki ke India untuk belajar ilmu agama Buddha dan memohon diberi kitab agama itu. Untuk menjadikan novel ini lebih menarik, penulisnya mencipta tiga watak yang bertugas sebagai perantis kepada Sami Besar Xuan Zang, dan mengikutnya menjelajah ke India. Ketiga-tiga perantis tersebut, iaitu Sun Wukong, Zhu Bajie dan Sha Seng berbeza-beza wataknya, ada yang nakal, setia, pintar dan berani, ada yang pelahap dan malas tetapi baik hati, dan ada pendiam dan jujur. Mereka bertiga mengikut Sami Besar Xuan Zang meneruskan perjalanan dan berjuang mengatasi kesulitan yang bermacam-macam yang ditemui sepanjang perjalanan ke barat itu.

Kumpulan yang terdiri daripada seorang Sami Besar dan tiga orang perantis itu ditimpa oleh 81 kemalangan sepanjang penjelajahan ke India itu. Setiap satu daripada 81 kemalangan tersebut dicatatkan sebagai satu cerita yang lengkap. Setiap cerita itu dikisahkan oleh penulisnya dengan cara yang menarik dan berliku-liku dan melibatkan hantu dan syaitan yang beraneka ragam. Hantu dan syaitan itu diberinya kemampuan yang serba boleh yang penuh dengan imaginasi, misalnya ada yang boleh memindahkan gunung, ada yang boleh merebus makanan dengan menggunakan lautan sebagai kuali, ada yang boleh meniupkan angin dan ada yang boleh menurunkan hujan pada bila-bila masa mengikut kemahuannya.

Selain itu, penulis novel ini juga menggambarkan begitu banyak batu permata, dan emas perak yang bermacam ragam dan berwarna-warni hingga membantu para pembaca meningkatkan pengetahuan tentang bidang ini.

Imaginasi digunakan dengan cukup meluas dalam "Penjelajahan ke Barat". Penulis novel ini berjaya memberikan gambaran imaginasi yang hidup kepada para pembaca mengenai Istana Kayangan, neraka, dan negeri-negeri yang aneh yang dilalui oleh Sami Besar Xuan Zang serta tiga orang perantisnya. Bukan sahaja pemandangan yang indah di angkasa dapat dibayangkan, tetapi hantu dan syaitan yang garang yang kononnya berkeliaran di kalangan manusia juga dapat digambarkan kepada pembaca berdasarkan khayalan yang luar biasa.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China