Cari:
Su Shi dan Sajaknya "Shui Diao Ge Tou" (1)
2009-09-23 10:54:45 CRI Cetak
Su Shi, sasterawan yang tersohor dalam sejarah China, dilahirkan pada tahun 1037 dan meninggal dunia pada tahun 1101 Masehi. Pencapaiannya yang gemilang dalam bidang kesusasteraan tidak terlepas daripada pengaruh keluarganya yang diiktiraf sebagai "keluarga sasterawan".

Su Xun dan Su Zhe, iaitu bapa dan adik Su Shi, adalah penulis prosa yang terkenal pada zaman itu, malah adik perempuannya juga merupakan sasterawan yang berbakat besar. Anggota keluarga Su Shi sering berkumpul di pekarangan rumah mereka untuk membaca atau mengarang sajak dan kuplet. Suasana seumpama itu kelihata agak menarik.

Su Shi yang cerdik dan rajin itu sejak kecil lagi sudah membaca buku dengan banyaknya, termasuk buku puisi, sejarah dan kitab ilmu agama. Apabila dewasa, beliau menunjukkan kecemerlangan dalam karangan yang dihasilkannya hingga sering mendapatkan pujian daripada orang ramai. Lama-kelamaan, Su Shi menjadi sombong dengan kelebihannya itu. Beliau pernah menampalkan sepasang kuplet di pintu depan rumahnya yang berbunyi "Kenal Semua Kata, Baca Semua Buku" yang bermaksud penulisnya berpengetahuan tinggi .

Pada suatu hari, seorang tua sengaja sengaja datang ke rumah Su Shi untuk meminta nasihat daripada pemuda ini. Warga emas itu memegang sebuah buku yang penuh dengan kata-kata yang aneh. Setelah membaca buku itu, Su Shi sedar bahawa satu kata pun tidak difahaminya. Dengan demikian, beliau berasa amat malu insaf dengan sikapnya yang begitu sombong. Kemudian beliau terus menambah beberapa perkataan pada kuplet tersebut hingga menjadi seperti berikut "berusaha bersungguh-sungguh mengenal semua kata, bercita-cita untuk membaca semua buku."

Setelah mendapat pengajaran daripada pertemuan dengan orang tua tersebut, Su Shi berubah sikap, menjadi lebih rajin belajar dalam bidang kesusasteraan, dan kemudian menceburkan diri dalam bidang politik.

Bagaimanapun, pengalamannya dalam bidang politik tidak sebanyak dengan pengalamannya dalam bidang kesusasteraan. Walaunpun dapat memegang jawatan dalam jabatan kerajaan, Su Shi tidak mendapatkan kepercayaan penuh daripada maharaja, dengan itu beliau selalu menghadapi kesukaran angkara perbuatan musuhnya. Akibatnya, pangkatnya dalam kerajaan hanya naik, turun dan turun naik sahaja.

Jalan hidupnya yang berliku-liku itu menyebabkan Su Shi kerap kali ditukar tempat kerja. Untunglah, ini memberikan banyak peluang kepadanya untuk menghayati adat resam dan keindahan alam sekitar di pelbagai tempat. Dalam tempoh perkhidmatannya itu, beliau telah menghasilkan begitu banyak sajak yang bersemangat tinggi.

Sajak-sajak yang dihasilkan oleh Su Shi melibatkan lingkungan yang luas, dan beliau mengutamakan gambaran alam untuk menghuraikan sesuatu falsafah. Karya beliau kerap mencerminkan pemikiran yang terbuka kerana beliau juga tidak terlepas daripada pengaruh beberapa orang rakannya yang beragama Buddha. Sajak "Shui Diao Ge Tou" adalah antara karya Su Shi yang cemerlang yang memasukkan falsafah pengajaran dalam perkataan.

"Shui Diao Ge Tou" dihasilkan pada Hari Zhongqiu, iaitu Pesta Kuih Bulan yang merupakan hari raya tradisi bagi rakyat China. Orang China akan berkumpul dengan anggota keluarga masing-masing pada hari tersebut, minum teh, makan kuih bulan, mendengar muzik dan berbual-bual untuk menikmati suasana harmoni dan sambil mengenang anggota keluarga yang tidak dapat pulang pada hari itu. Hari Zhongqiu jatuh pada hari ke-15 bulan lapan menurut Kalendar China. Pada hari itu, orang dikatakan dapat menyaksikan bulan penuh yang paling bulat yang dianggap lambang perpaduan dan keharmonian keluarga.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China