Cari:
Lagu Rakyat Hakka Nyanyian Huang Hongying 2
2009-09-29 19:58:52 CRI Cetak

Orang Hakka dulunya ialah etnik Han yang tinggal di kawasan tengah China. Untuk mengelakkan diri daripada peperangan, mereka berhijrah ke Guangdong dan Fujian, kawsan selatan China. Mereka digelar orang "Hakka", kerana Hakka bermakna "orang asing". Dalam kehidupan mereka, orang Hakka, ini masih mengekalkan bahasa dan adat resam yang dibawa oleh mereka dari kawasan tengah China dan yang diamalkan sejak zaman dahulu kala. Antaranya, termasuklah lagu Hakka yang didendangkan turun-temurun hingga menjadi satu seni yang istimewa hari ini. Tema lagu rakyat Hakka amat luas, mencakupi kehidupan dan perasaan anggota masyarakatnya.

Huang Hongying sebagai anggota berketurunan Hakka, bukan sahaja pandai menyanyikan lagu rakyat Hakka, malah boleh menggabungkan teknik nyanyiannya yang istimewa dalam persembahanya. Beberapa tahun yang lalu, Huang Hongying telah membuat persembahan nyanyian solo di Guangdong dan Hong Kong, dan beliau juga sering mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura. Lagu rakyat Hakka yang dipersembahkannya mendapat sambutan baik daripada penduduk di tempat-tempat tersebut.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Hakka yang berjudul "Datanglah Jika Engkau Suka Menyanyi". Lagu ini digubah oleh Huang Hongying menurut irama lagu rakyat Hakka. Lirik lagunya ringkas dan riramanya rancak. Lagu ini memberikan gambaran tentang masyarakat Hakka yang mesra dan jujur.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China