Jika disebut sahaja lagu rakyat China mengenai bunga, kebanyakan orang akan segara teringat akan lagu yang amat bercirikan China yang berjudul "Melur". Lagu ini lagu rakyat Jiangsu. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "bunga melur cantik sekali, baunya harum melebihi bunga yang berkembang di seluruh taman. Aku berhasrat memetik sekuntum, tetapi takut dicuriga penjaganya."
Lagu yang berjudul "Tanya Jawab tentang Bunga" dinyanyikan orang di merata tempat di China dengan lirik yang berbeza-beza. Penyanyi lagu ini memperkenalkan nama bunga dan memberikan maklumat mengenainya secara berseloka. Lagu seperti ini ada yang dipersembahkan dengan iringan muzik, pukulan gong atau tarian. Seterusnya saya akan memperdengarkan lagu seumpamanya yang amat popular di kawasan barat laut China.
Bunga merupakan tema biasa bagi lagu rakyat China. Antara lagu-lagu rakyat China yang bertemakan bunga ini, banyak yang menyampaikan rasa kasih sayang, ada juga yang memuji alam semula jadi. Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Jiangsu yang berjudul "Memetik Bunga Luchai". Petani di desa Jiangsu menyanyikan lagu ini ketika bekerja di sawah ladang mereka.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Hunan yang berjudul "Bunga Berkembang Empat Musim". Lagu ini menceritakan tentang bunga yang berkembang pada empat musim melalui burung-burung yang ditemui iaitu burung pipit, burung tukukur, merpati dan murai yang menggambarkan musim yang berbeza-beza itu. Lagu ini dinyanyikan secara berseloka antara lelaki dan wanita.