Cari:
Du Mu dan Puisinya yang Berkaitan dengan Hari Cembeng (2)
2009-11-04 10:07:38 CRI Cetak
Hari Cembeng merupakan hari yang penting bagi rakyat China,, baik pada masa dahulu mahupun pada zaman sekarang.

Puisi yang bertajuk "Cembeng" yang dihasilkan oleh Du Mu ini memberikan gambaran tentang pemandangan yang istimewa ketika rakyat menghayati perayaan ini. Katanya, "Hujan gerimis turun tanpa henti pada Hari Cembeng ini. Seorang pejalan kaki kelihatan amat sedih kerana terganggu oleh hujan yang turun itu. Dia tertanya-tanya di mana ada restoran, lalu ditunjuk oleh seorang budak gembala lembu ke arah Kampung Xinghua."

Kerana Hari Cembeng jatuh pada musim bunga yang sering diiringi dengan hujan rintik, pemandangan alam ini seperti sesuai dengan perasaan orang yang masih merindui saudara mara atau teman yang sudah meninggal. Kesedihan mereka dapat dicerminkan melalui cuaca seumpama itu. Hujan yang turun merintik-rintik seolah-olah berperanan membantu menghilangkan kesedihan dalam hati mereka.

Cuaca ketika itu masih sejuk lagi kerana berada dalam tempoh peralihan dari musim sejuk ke musim panas. Maka mengunjungi restoran untuk minum teh yang panas atau minum arak yang hangat merupakan pilihan yang digemari ramai ketika itu.

Puisi "Cembeng" tersebar dalam lingkungan yang luas kerana pemandangan yang digambarkannya begitu hampir dengan kehidupan seharian. Du Mu, pencipta puisi ini, amat menghargai karyanya hingga ke satu tahap yang luar biasa. Kononnya, beliau akan menyanyikan puisi "Cembeng" ini berulang kali ketika mengunjungi restoran sehingga menarik perhatian para pelanggan lain di restoran itu. Antara pelanggan di rstoran tersebut terdapat seorang tua yang amat menggemari karya-karya yang dihasilkan oleh Du Mu. Tanpa mengetahui Du Mu yang sedang menyanyikan puisi "Cembeng" sebenarnya adalah pencipta puisi itu, beliau segera menghasilkan sebuah puisi yang hampir sama dengan "Cembeng", lalu menyanyikannya dengan mencontohi gaya Du Mu, mengikut nada yang serupa dengannya.

Setelah mendengar persembahan warga emas itu, Du Mu mengatakan bahawa ciptaanya itu bukanlah satu puisi. Menurutnya, untuk menghasilkan suatu puisi, seseorang itu perlu memilih perkataan yang indah lagi halus. Walaupun berjaya menggambarkan pemandangan yang tertentu, puisi yang dihasilkan oleh warga emas itu terlalu kerap mengulang kata-kata biasa sehingga kurang menarik dari segi seni sastera.

Bagaimanapun, orang tua itu tidak setuju dengan pandangan Du Mu. Beliau yang mewar-warkan sudah belajar daripada Du Mu tentang pengetahuan kesusasteraan turut membantah dengan mengambil puisi "Cembeng" sebagai contoh. Katanya, "Cembeng" yang dihasilkan oleh Du Mu yang menjadi begitu terkenal itu hampir sama juga dengan puisi yang dihasilkannya, iaitu mengulang begitu banyak kata-kata biasa.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Du Mu bersetuju dengan pandangan orang tua itu. Kedua-dua mereka yang mempunyai minat yang sama itu saling mengundang untuk makan dan minum di restoran tersebut sambil bertukar-tukar pendapat tentang bidang kesusteraan. Mereka minum arak sepuas-puasnya hingga menjadi mabuk dan tertidur di meja itu juga.

Apabila bangun daripada kemabukan itu, Du Mu sudah tidak sombong lagi dan sikapnya pun berubah,  menjadi lebih teliti apabila menghasilkan karyanya. Lama-kelamaan, kesungguhan dan kecemerlangan yang dimiliki Du Mu telah meletakkannya dalam kelas yang tersendiri dalam bidang puisi klasik China.

Sebaran puisi "Cembeng" dalam lingkungan yang begitu luas bukan sahaja membantu penciptanya diiktiraf sebagai seorang penyajak yang tersohor, tetapi juga membantu menyebarkan jenama "Xinghua", sejenis arak yang terkenal di negara ini.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China