Cari:
Kawasan Pemandangan Tiga Sungai Mengalir Searah dan Sejajar (1)
2009-11-18 09:05:13 CRI Cetak

Kawasan Pemandangan Tiga Sungai Mengalir Searah dan Sejajar yang terletak di kawasan pergunungan Provinsi Yunnan, bahagian barat daya China ini, meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar. Di kawasan ini, 3 batang sungai mengalir searah dan sejajar sepanjang lebih 170 kilometer. Pemandangan yang menakjubkan dan unik ini jarang terdapat di tempat yang lain di China dan dunia. Ia disenaraikan sebagai Warisan Alam Dunia.

Dataran Tinggi Qinghai-Tibet di barat daya China merupakan "Bumbung Dunia". Tiga batang sungai iaitu Sungai Nu, Sungai Lancang dan Sungai Jinsha berpunca dari kawasan pergunungan yang sentiasa diliputi salji sepanjang tahun dan glasier di dataran tinggi tersebut. Sungai Jinsha bermula dari Sungai Yalong, Sungai Dadu dan Sungai Jialing dan hilirnya bercantum dengan Sungai Yangtze dan mengalir ke Lautan Pasifik di timur. Sungai Lancang merentasi sempadan China dan hilirnya merupakan Sungai Mekong. Sungai Nu pula merupakan hulu Sungai Thanlwin yang mengalir di Myanmar dan kedua-dua sungai tersebut akhirnya mengalir ke Lautan Hindi.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China