Cari:
Kawasan Pemandangan Tiga Sungai Mengalir Searah dan Sejajar (2)
2009-11-25 09:05:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Disebabkan keistimewaan geologi, Kawasan Pemandangan Tiga Sungai Mengalir Searah dan Sejajar yang kaya dengan sumber fauna ini, digelar "Tabung Gen Biologi Dunia". Antara keistimewaannya terdapat pelbagai jenis cuaca iaitu cuaca zon tropika Asia selatan, zon tropika Asia tengah, zon tropika Asia utara, zon beriklim sederhana dan zon beriklim sejuk di kawasan itu telah menyediakan syarat yang sesuai tumbuh dan membiak banyak jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hampir pupus di pelbagai tempat lain di dunia. Pada awal abad ke-20, J.F.Roek dari Majalah Nasional Geografi Amerika Syarikat mengorbankan hampir seumur hidupnya melakukan penyelidikan sains dan mengumpulkan maklumat kajian di sini. Dalam tempoh beberapa puluh tahun, beliau telah mengumpulkan puluhan ribu jenis sampel haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Para ahli sains biologi dan botani luar negara berkata, bahagian barat laut Yunnan China merupakan tempat asal tumbuh-tumbuhan Eropah.

Berdasarkan statistik, di Kawasan Pemandangan Tiga Sungai Mengalir Searah dan Sejajar di Provinsi Yunnan China terdapat lebih 6000 jenis tumbuh-tumbuhan, 173 jenis haiwan mamalia dan 417 jenis unggas serta banyak jenis ikan dan serangga. Jumlah jenis haiwan di sini menyumbangkan lebih 25% daripada jumlah keseluruhan haiwan di China. Kadar ini merupakan kadar yang paling tinggi antara kawasan-kawasan yang lain di China, separuh kawasan utara bumi bahkan dunia. Selain terdapat jenis haiwan yang banyak, kawasan ini juga dihuni oleh 16 etnik. Dengan demikian, ia menjadi kawasan yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan adat-istiadat yang jarang terdapat di tempat lain di dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China