Cari:
Penggubah Muzik Lagu Kebangsaan China, Nie Er
2009-11-11 17:17:32 CRI Cetak

Lagu Kebangsaan mewakili simbol semangat bangsa bagi sesebuah negara. Ia menceritakan sejarah perjuangan dan kepercayaan rakyat negara itu serta bertujuan menyatupadukan rakyat dan menggalakkan perkembangan seluruh negara. Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan penggubah muzik lagu kebangsaan China, Nie Er.

Lagu Kebangsaan China, dulunya merupakan muzik "Tentera Berkawat". Liriknya disusun oleh mendiang Tian Han, seorang sasterawan, manakala muziknya digubah oleh pemuzik China, mendiang Nie Er. Lirik Lagu Kebangsaan ini antara lain berbunyi "Bangun, orang yang tidak mahu menjadi hamba! Kita bina Tembok Besar yang baru dengan darah dan daging di tubuh badan kita. Ketika bangsa China menghadapi ancaman yang paling besar, setiap orang berseru. Bangun! Bangun1! Bangun! Kita bersatu, maju dalam hujan peluru daripada musuh! Maju! Maju!"

Nie Er dilahirkan dalam sebuah keluarga doktor perubatan tradisional China di Bandar Kunming, provinsi Yunnan China pada tahun 1912. Beliau amat berminat kepada muzik sejak kecil lagi dan telah berjalan bermain seruling dan Erhu. Kemudian, beliau pergi ke Shanghai dan bekerja untuk Badan Nyanyian dan Tarian Mingyue. Beliau balajar sendiri teori menggubah muzik dan berazam untuk menggubah muzik bagi rakyat.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Jalan" yang digubah oleh Nie Er untuk filem "Jalan". Lagu ini menceritakan kehidupan buruh pembina jalan.

Pada tahun 1933, Nie Er telah bertemu dengan seorang gadis yang menjual surat khabar. Beliau terus menggubah lagu yang berjudul " Menjual Surat Khabar". Lagu tersebut, kemudiannya dinyanyikan dalam sebuah opera. Nie Er mengundang gadis tersebut untuk memainkan peranan penjual surat khabar dalam opera itu. Lagu "Menjual Surat Khabar" selalu dinyanyikan hinggalah ke hari ini. Ia menjadi salah sebuah lagu kanak-kanak yang dianggap paling baik di China pada abad ke-20. Silalah nikmati lagu ini.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Tamat Sekolah" yang digubah oleh Nie Er untuk Filem "Tao Li Jie". Lagu ini mempunyai irama yang rancak dan terus menjadi popular selepas filem tersebut ditayangkan. Remaja China, ketika itu, ramai yang menyertai revolusi kerana terangsang dengan lagu tersebut.

Pada tahun 1934, Nie Er bekerja untuk Syarikat EMI Shanghai dan merakamkan beberapa buah muzik rakyat, termasuk "Pertarungan Ular Emas" dan "Tasik Hijau Chunxiao". Usahanya memainkan peranan penting dalam menggalakkan perkembangan muzik rakyat China. Silalah nikmati muzik "Pertarungan Ular Emas" yang amat popular di China.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati muzik etnik yang berjudul "Tasik Hijau Chunxiao" yang digubah oleh Nie Er. Cui Hu ialah destinasi terkenal di Bandar Kunming, Provinsi Yunnan. Nie Er suka bersiar-siar di tempat itu ketika berada di kampung halamannya. Selepas tinggal di Shanghai, Nie Er menggubah muzik ini kerana amat merindui kaum keluarga dan saudara maranya.

Pada tahun 1935, Nie Er telah menggubah sebuah lagu yang berjudul "Penyanyi yang Dikhianati" untuk filem "Feng Yun Er Nu". Lagu ini menggambarkan perasaan penyanyi wanita yang dikhianati dan perasaan cintanya kepada negara. Silalah nikmati lagu ini.

Muzik "Tentera Berkawat" ialah lagu tema filem "Feng Yun Er Nu" dan juga merupakan karya terakhir Nie Er. Lirik lagunya dicipta oleh Tian Han yang ditulis di atas kertas pembangunan tembakau ketika beliau ditahan dalam penjara. Nie Er menggubah muzik untuk lagu ini dalam tempoh lebih dua bulan. Tidak lama selepas menggubah lagu ini, Nie Er singgah di Jepun dalam perjalanannya ke Eropah, dan beliau meninggal dunia ketika mandi di laut. Umurnya hanya 24 tahun ketika itu.

Walaupun Nie Er menggubah muzik hanya dua tahun lebih sahaja, namun beliau berjaya menghasilkan lebih 40 karya. Muzik "Tentera Berkawat" telah dipilih sebagai Lagu Kebangsaan sementara ketika Republik Rakyat China ditubuhkan pada 1 Oktober tahun 1949. Pada tahun 1982, lagu ini ditetapkan sebagai Lagu Kehangsaan secara rasmi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China