Cari:
Lagu Rakyat Mongol Nyanyian De Dema 2
2009-11-25 17:43:37 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan meneruskan penjelasan tentang lagu rakyat Mongol yang dinyanyikan oleh De Dema.

Terlebih dahulu, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Swan" yang dinyanyikan oleh De Dema. "Swan" dianggap sebagai utusan yang jelita oleh orang etnik Mongol. Mereka menyayangi dan melindungi "swan" yang merupakan lambang bagi semua barangan yang aneh di dalam hati orang etnik Mongol . Muziknya merdu dan lirik lagunya, antara lain berbunyi "Swan yang berbulu yang putih, berenang dengan bebas. Tetamu, silalah tinggal bersama-sama dengan kami untuk menikmati suasana yang gembira."

Dalam rancangan minggu lalu, saya menjelaskan bahawa De Dema ialah biduanita etnik Mongol yang terkenal di China. Sejak tahun 1970-an, beliau memulakan persembahannya. Sebagai anak penggembala etnik Mongol, budaya etnik Mongol yang istimewa dan cemerlang serta pemandangan padang rumput yang indah sentiasa menarik beliau. De Dema dengan suaranya yang merdu menyanyikan pemandangan padang rumput yang luas, penduduk Mongol yang ikhlas dan mesra. Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Dalagu" yang dinyanyikan De Dema. "Dalagu" ialah nama seorang gadis. Lagu ini menceritakan rasa sedih ketika sahabat akan berpinsah. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Pokok buah-buahan ditanam di kawasan yang luas di bukit, tetapi hanya beberapa pokok berbuahan. Walaupun aku ada ramai kawan, tetapi hanya Dalagu paling karib."

De Dema berkebakatan dalam bidang muzik. Beliau bukan sahaja pantai menyanyi lagu tradisional Mongol, malah pantai menyanyi lagu jenis lain dan opera negara barat. Beliau memenangi hadiah dalam pelbagai jenis pertandingan muzik di China. Lagu-lagu yang dinyanyikannya terus menjadi popular di kalangan penduduk. Selain itu, sebagai utusan muzik, De Dema mengikut rombongan seni China membuat persembahan di lebih 20 negara dan kawasan termasuk A.S., Jepun dan Filipina. Nyanyian beliau memenangi kehormatan untuk tanah air dan juga mendapat sambutan baik daripada pendengar di negara tersebut. Beliau digelar sebagai "penyanyi sepanjang zaman".

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu etnik Mongol yang berjudul "Penggembalaan". Lagu ini menceritakan keindahan padang rumput yang luas dan menyampaikan rasa cinta penternak terhadap padang rumput dan kehidupan mereka. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Awan putih yang terbang di langit yang biru, kambing yang berbulu putih makan rumput nampatnya seperti perak menghiaskan padang rumput."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China