Cari:
Baju Etnik Gelao
2009-11-21 15:11:21 CRI Cetak

Kebanyakan orang etnik Gelao tinggal di bahagian barat Provinsi Guizhou. Ada sebahagian kecil yang tinggal di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Baju wanita etnik Gelao panjangnya hingga ke pinggang sahaja dan ada sulaman seperti sisik ikan di lengannya. Bahagian tengah skirtnya pula dibuat daripada bulu kambing dan dicelup warna merah. Bahagian atas dan bawah skirt ini dibuat dengan kain rami yang berwarna biru dan putih. Wanita etnik Gelao memakai jubah panjang yang lengan di luar baju pendek dan skirt ini. Bahagian depan jubah ini lebih pendek daripada bahagian belakangnya. Ia juga dihias dengan bunga sulaman. Baju lelaki etnik Gelao pula biasanya berbelah dan berbutang di depannya. Lelaki dan wanita etnik ini memakai "serban" dengan menggunakan kain yang panjang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China