Cari:
Pakaian Orang Etnik Yao
2009-11-27 17:15:09 CRI Cetak

Orang etnik Yao kebanyakannya tinggal di kawasan pergunungan di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Provinsi Yunnan, Hunan, Guangdong, Jiangxi dan Hainan di bahagian selatan China. Wanita etnik Yao pandai menyulam. Jadi, bunga sulaman yang cantik dapat dilihat di bahagian leher, dada serta lipatan kaki dan tangan baju mereka.

Lelaki etnik Yao pula suka memakai baju tanpa kolar. Di luarnya mereka memakai weskot yang dibuat daripada kain putih. Seluar yang dipakai oleh lelaki etnik Yao ini besar kakinya. Setelah mencapai umur 15 tahun, wanita dan lelaki etnik Yao tidak memakai topi bunga lagi, malah membalut kain di kepala mereka untuk menandakan mereka sudah menjadi dewasa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China