Cari:
Botol Rokok Hidu
2009-11-27 17:19:15 CRI Cetak

Rokok hidu merupakan sejenis rokok yang dibuat daripada tembakau, tetapi dihidu melalui hidung. Rokok ini sangat popular di negara-negara Barat pada suatu masa dahulu. Botol rokok hidu telah dibawa ke China oleh orang asing pada abad ke-17. Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing (1654-1722) sangat suka kepada barangan dari Barat. Baginda telah mengumpulkan sekian banyak orang asing yang pandai membuat botol rokok hidu untuk membuat botol jenis ini dalam Kota Larangan.

Seni membuat botol rokok hidu ini mencapai puncaknya pada zaman Maharaja Qianlong (1736-1795). Mendapatkan dan mengumpul pelbagai jenis botol rokok ini sebagai koleksi menjadi sangat popular, manakala, fungsinya sebagai tempat mengisi rokok sudah tidak penting lagi. Seni tradisi China juga disesuaikan dalam pembuatan botol ini, hingga menjadikan seni botol rokok hidu ini salah satu seni yang sangat penting pada zaman Dinasti Qing.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China