Cari:
"Monyet Berbulu"
2009-12-02 13:28:57 CRI Cetak

"Monyet berbulu" bukanlah sejenis monyet, tetapi hanyalah sejenis hasil kraf tangan tradisi Beijing. Ia dibuat dengan bahan ubat tradisi China. Kononnya, pada zaman pentadbiran Maharaja Tongzhi (1856~1875 ) Dinasti Qing, di Beijing ada sebuah kedai ubat yang bernama "Nan Qing Ren Tang". Pada suatu hari, seorang pembantu di kedai itu telah dimarahi oleh ketuanya dengan cara yang sangat kasar. Pembantu itu tidak berani berkata apa-apa, hanya diam saja. Pada malamnya, dia merasa amat dukacita, tetapi terus menyusun bahan ubat-ubatan di kedai itu. Tiba-tiba, dia mendapati satu akal untuk membuat patung ketuanya itu dengan bahan ubat tradisi yang ada di situ. Dia mengambil kepala hidung pada selumur riang-riang sebagai kepala patung, kudup bunga magnolia yang kering sebagai badannya, dan kaki selumur riang-riang sebagai tangan dan kakinya. Semua bahan tersebut dilekatkannya dengan ubi keladi yang juga merupakan sejenis ubat tradisi China.

Bagi para pembantu yang lain, patung ini kelihatan seperti manusia dan monyet, gayanya hampir serupa dengan ketua itu. Mereka bermain dengan patung itu dengan gembira, tanpa menyedari bahawa itulah "monyet berlulu" yang pertama di dunia. Lama-kelamaan, "monyet berbulu" ini menjadi sejenis kraf tangan yang sangat disukai oleh orang ramai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China