Setelah seorang demi seorang pelajar dalam kelas Zhuangzi di Sekolah Tuan Zhang menyatakan pandangan masing-masing tentang betapa pentingnya mematuhi adat dan tradisi yang dipelajari daripada guru mereka, Zhuangzi pun menyuarakan pandangannya yang bertentangan, iaitu "adat dan tradisi itu sering digunakan olehorang yang berkuasa dan kejam sebagai alasan untuk melakukan kekejaman atau tipu muslihat kepada orang yang lemah, sepertiseperti harimau dan serigala"
Encik Dai Dang terkejut dengan pandangan yang dikemuakan oleh Zhuangzi itu. Namum, beliau menganggapnya betul juga kerana sudah terbukti dalam pengalamannya ketika berkhidmat dengan kerajaan ketika itu. Tetapi, beliau tidak dapat memilih Zhuangzi sebagai calon untuk menjadi pegawai disebabkan pandangannya bertentangan dengan arus utama pemikiran yang ada ketika itu.
Zhuangzi, pada usia 23 tahun, telah meninggalkan kampung halamannya untuk menjelajah ke tempat-tempat yang belum pernah dikunjunginya. Kudiqurenli di Negeri Chu, iaitu kampung asal Laozi, pengasas kepercayaan Tao, merupakan destinasi pertama dalam rancangan penjelajahan Zhuangzi. Beliau telah mengunjungi Kuil Laozi dan beberapa tapak peninggalan sejarah serta artifak budaya yang berkait dengan Laozi di sana.
Zhuangzi mendapati penduduk di Kudiqurenli suka berpakaian hitam kerana dipengaruhi oleh Laozi yang menggemari warna itu. Menurut mereka, warna hitam adalah kunci bagi memahami semua keajaiban dan misteri. Mereka menawarkan sepersalinan pakaian yang berwarna hitam kepada Zhuangzi sebagai cederamata. Tetapi, Zhuangzi menolak tawaran tersebut. Katanya, "Semua gejala sosial boleh dijelaskan mengikut ajaran Tao, sekiranya kita menganut kepercayaan itu. Saya sudah memahami ajaran yang dianjurkan di dalam kepercayaan Tao, tak kira memakai baju yang berwarna hitam atau tidak."
Selepas itu, Zhuangzi meneruskan penjelajahannya ke kawasan selatan dan beliau mendapati ekonomi di situ tidak semaju dengan ekonomi kawasan bahagian tengah yang sudah pun berkembang makmur ketika itu. Penduduk di kawasan selatan dilihatnya hidup bebas, tidak mengamalkan adat dan tradisi yang pelbagai rupa seperti yang diamalkan di bahagian tengah China. Lelaki dan wanita tidak dilarang bertemu dan bermesra di tempat-tempat awam.
Zhuangzi gemar kepada gaya hidup yang bebas di kawasan selatan ini, dan menyatakan minat dan cintanya terhadap kawasan tersebut serta penduduk yang menetap di sana.
Namum, tidak lama kemudian, Zhuangzi merindui ibunya yang sudah lanjut usia dan tinggal di kampungnya sendirian, Zhuangzi memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya, setahun lebih selepas menjelajah ke bahagian selatan. Setelah sampai, barulah beliau mendapat tahu ibunya sudah meninggal dunia. Maka, Zhuangzi segera menunaikan kewajipannya sebagai anak, untuk berdoa di pinggir kubur ibunya.
Setelah mengalami peristiwa yang sedih itu, Zhuangzi tidak mempunyai apa-apa kerisauan tentangsesiapa pun lagi, dan terus memutuskan untuk meneruskan penjelajahannya. Tetapi, kali ini beliau bukan akan ke selatan melainkan ke kawasan bahagian utara. Beliau mengunjungi Negeri Wei, Lu dan Zhao satu demi satu. Dengan namanya yang menjadi semakin terkenal, Zhuangzi mendapat banyak undangan untuk mengadap raja dari negeri-negeri tersebut. Raja-raja itu mahu mendapatkan tanggapan atau cadangan daripada Zhuangzi berkait dengan pentadbiran politik.
Negeri Wei merupakan negeri yang pertama yang dikunjungi oleh Zhuangzi dalam rancangan penjelajahannya ke kawasan bahagian utara itu. Ini disebabkan Encik Huishi, kawan baiknya dari sekolah dahulu sudah menjadi Perdana Menteri di negeri itu.
----DAZHONG