Cari:
Han Fei Zi
2009-12-17 16:19:20 CRI Cetak

Han Fei Zi ialah ahli falsafah dan perundangan pada Zaman Negara-Negara Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi).

Kebudayaan tradisional China sudah bersejarah lama, ia mempunyai dua sumber penting, iaitu teori Konfusius dan teori Dao. Konfusius lahir pada tahun 551 sebelum masihi dan meninggal dunia pada tahun 479 sebelum masihi, beliau adalah pemikir, ahli politik dan pakar pendidikan, beliau adalah pengasas teori Konfusius. Menurut catatan, Konfusius mempunyai pengikut seramai 3000 orang, antaranya 70 orang amat terkenal. Teori Konfusius terutamanya dicatat dalam buku "Lun Yu", "Zhong Yong", "Da Xue" dan "Mengzi". Konfusius dan pengikut utamanya, Mengzi mengajar di kawasan sekitar Kaunti Zou, Qufu, provinsi Shandong. Teori Konfusius yang diciptakan oleh mereka juga disebut sebagai "ajaran Kong-Meng", atas cadangan dan arahan pemerintah, ahli akademi pelbagai dinasti, telah menjadikan Teori Konfusius sebagai unsur utama kebudayaan tradisional China, yang melahirkan pengaruh besar kepada kebudayaan China dan kebudayaan timur dunia. Maka, Konfusius disebut sebagai salah satu "10 orang pujangga yang ternama zaman kono di dunia". Sejarah Kebudayaan Kawasan Utara China

Laozi juga adalah pemikir pada Zaman Chun Qiu, beliau merupakan pengasas Teori Dao. Laozi pernah menjadi pegawai yang bertanggungjawab menyimpan koleksi buku pada zaman Dinasti Zhou, beliau kemudian telah meletakkan jawatannya. Pada awalnya, Laozi terutamanya mengajar di kota Luo Yang, ibu kota Dinasti Zhou, beliau telah menulis buku falsafah "Dao De Jing".

Konfusius dan Laozi berasal dari kawasan utara China, kedua-dua mereka masing-masing mencipta dan mewakili Teori Konfusius dan Teori Dao, pengaruh mereka terhadap kebudayaan China selama lebih 2 ribu tahun masih wujud sehingga sekarang.

Sekarang di Qu Fu masih terdapat Kuil Konfusius, kawasan kuburan keluarga Konfusius dan rumah keturunan Konfusius. Di sebelah selatan Kaunti Zou, terdapat Kuil Mengzi, kawasan perkuburan keluarga Mengzi dan rumah keturunan Mengzi, walaupun skopnya tidak besar seperti kubur Konfusius tetapi bentuknya sama. Kedua-dua tempat peninggalan sejarah itu amat diambil berat oleh pemerintah dan para ahli akademi setiap dinasti, tempat itu dianggap sebagai tempat bermulanya kebudayaan China. Melalui pembinaan semula, banyak bahan-bahan sejarah yang amat berharga disimpan di situ.

Di sebelah utara tempat tersebut ialah Gunung Tai, yang juga dikenali sebagai Gunung Dai atau Daizong pada zaman dahulu, dan ditukar namanya sebagai Gunung Tai pada abad ke-6 sebelum Masehi. Luasnya 426 kilometer persegi dan puncaknya setinggi 1524 meter dari paras laut.

China terkenal dengan 5 buah gunung yang indah, iaitu Gunung Tai, Gunung Hua, Gunung Heng, Gunung Song dan Gunung Hengshan. Pada zaman dahulu, China menganggap timur adalah tempat asal bermulanya musim bunga, maka, Gunung Tai yang terletak di sebelah timur China diberikan nama sebagai gunung pertama antara 5 buah gunung tersebut. Pada zaman dahulu, apabila raja naik takhta, upacara sambutan akan diadakan secara besar-besaran di Gunung Tai dan maharaja akan bersembahyang memohon restu kepada dewa langit dan bumi di sana.

Gunung Tai terbentuk sebelum 2.45 bilion tahun yang lalu. Banjarannya tinggi lagi megah, pemandangannya indah sekali.

Pelbagai kesan peninggalan sejarah yang terkenal bertaburan di atas gunung itu, dan dipuji oleh orang ternama dari pelbagai zaman dahulu di China. Penyajak terkenal Dinasti Tang ada berpuisi: Tibalah di puncak Gunung Tai, barulah tahu kecilnya gunung-gunung lain. Sajak ini telah dibacakan oleh masyarakat sejak zaman-berzaman di China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China