Kraf tangan ukiran cat biasanya berwarna merah. Ukiran cat ini berasal daripada pinggan berlapisan cat yang digunakan dalam istana pada zaman Dinasti Tang (618-976M). Biasanya tembaga digunakan sebagai asasnya dan diberi ratusan lapisan cat, dan kemudian, gambar dilukis dan diukir di lapisan cat tersebut.
Sebuah kraf tangan ukiran cat ini perlu melalui lebih 100 proses, termasuk membuat model tembaganya, memberikan lapisan cat, melukis gambar, mengukir, menggilap dan lain-lain.