Cari:
Pelakon Muda Opera Peking China, Jia Pengfei
2009-12-22 12:16:05 CRI Cetak

Terdapat seorang gadis dalam Teater Opera Peking Negara China yang khusus memainkan peranan Qingyi, watak wanita muda dalam Opera Peking. Beliau kerap kali mempersembahkan "Dewi Menabur Bunga" yang digubah oleh mahaguru Opera Peking China, Mei Lanfang, baik di dalam, mahupun di luar negera, hingga beliau digelar "Gadis Dewi". Beliau ialah Jia Pengfei.

Sutera panjang merupakan salah satu alat dalam babak tersebut. Di dewan latihan di tingkat tujuh Teater Opera Peking Negara, Jia Pengfei selalu kelihatan menari dengan mengayunkan kain sutera yang panjangnya 15 meter setiap hari. Sutera yang panjang itu seolah-olah awan yang berwarna-warni apabila digandingkan dengan nyanyiannya yang merdu.

"Dewi Menabur Bunga" merupakan taridra mitos yang digubah oleh mahaguru Mei Lanfang dari fahaman Buddha. Jia Pengfei memaklumkan,

"Kain sutera sepanjang 15 meter yang diayunkan dalam 'Jalan Awan' itu merupakan simbol awan yang berwarna-warni. Dewi itu menyanyikan pemandangan yang dilihatnya ketika terbang dengan menaiki awan, untuk menabur bunga ke dunia."

Pada penghujung bulan Jun yang lalu, Jia Pengfei berjaya mengadakan persembahan Opera Peking di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York. Atas undangan Bahagian Urusan Ekonomi dan Sosial PBB, beliau juga membuat persembahan di New York bersama dengan beberapa pelakon lain. Lakonannya dalam "Dewi Menabur Bunga" memberi kesan yang besar kepada ramai pegawai PBB.

"Pegawai PBB amat teruja dan terpesona oleh Opera Peking, kerana mereka dapat memahami lagu dan tarian dalam 'Dewi Menabur Bunga'. Mereka memberikan tepukan yang gemuruh kepada saya. Walaupun kami tidak dapat bertukar-tukar pendapat melalui bahasa, tetapi gerakan saya dapat difahami oleh orang di seluruh dunia."

Jia Pengfei mula belajar dalam bidang Opera Peking pada usianya 10 tahun. Beliau pernah memperoleh anugerah emas Meihua Kecil Opera Kanak-kanak Kebangsaan. Beliau kemudian diterima masuk oleh Institut Opera Pusat. Beliau bertemu dengan dua orang pensyarah yang paling penting dalam kerjayanya, iaitu Wang Zhiyi, perantis Encik Mei Lanfang dan Zhang Jing, perantis Mei Baojiu, anak lelaki Mei Lanfang.

Ketika mula belajar Opera Peking ini, Jia Pengfei yang masih kecil itu tidak dapat memahami opera tersebut dengan baik. Namun, sekarang, beliau tidak dapat menghentikan minatnya terhadap Opera Peking.

"Saya sangka Opera Peking hanya menarik ketika saya kecil sahaja. Kemudian, kian hari, saya kian menggemarinya. Saya patut belajar tentang seni ini dengan cakera padat orang lain, atau menonton persembahan pelakon terkenal di teater."

Opera Peking merupakan seni bersepadu yang mengutamakan kerjasama, latihan dan nyanyian duet. Walaupun telah banyak kali mempersembahkan 'Dewi Menabur Bunga', namun sebelum naik ke pentas, Jia Pengfei tetap berlatih dengan kumpulannya, dan mendapatkan fahaman yang berlainan dari setiap latihan.

"Walaupun kerap kali mempersembahkan opera ini, namun, sebelum naik ke pentas, saya tetap perlu berlatih, kerana kesalahan tidak boleh berlaku di pentas. Makin banyak latihan, makin baik kerjasama."

Jia Pengfei telah membuat rancangan tentang kerjaya seninya pada masa yang akan datang. Menurutnya, beliau akan melakonkan lebih banyak watak Qingyi, dan berharap dapat menghidangkan lebih banyak persembahan kepada penonton selain 'Dewi Menabur Bunga'."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China