Cari:
Gua Pahatan Batu Dazu (2)
2009-12-30 10:37:07 CRI Cetak

Gua Pahatan Batu Dazu bukan sahaja merupakan bahan kesenian pahatan batu yang cantik, tetapi juga merupakan artifak yang mempunyai nilai tinggi. Gua Pahatan Batu Dazu dibina dalam jangka masa yang panjang dan terdiri daripada arca pahatan batu ramai tokoh ternama dalam sejarah China. Dengan demikian, banyak pahatan batu daripada kandungan kitab agama, artikel penyanjungan dan catatan sejarah yang terdiri daripada kira-kira 150 perkataan telah ditinggalkan di Gua Pahatan Batu Dazu. Artifak tersebut mempunyai nilai tinggi bagi pengkajian sejarah period itu.

Pada tahun 1999, Gua Pahatan Batu Dazu disenaraikan secara rasmi sebagai Warisan Budaya Dunia. Jawatankuasa Warisan Dunia memberi penilaian seperti berikut: Pahatan batu yang sistematik yang unik ditinggalkan pada lereng gunung terjal di kawasan Dazu. Pahatan batu tersebut terkenal dengan taraf kesenian yang tinggi, tema yang banyak dan berbeza-beza yang meliputi tema agama dan bukan berunsur agama. Pahatan batu itu telah menggambarkan kehidupan sehari-hari masyarakat China pada period itu dan telah membuktikan sepenuhnya bahawa agama Buddha, falsafah Konfusius dan agama Tao wujud bersama-sama secara harmoni pada masa itu.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China