Cari:
Pakaian Etnik Shui
2009-12-17 15:55:06 CRI Cetak

Orang etnik Shui kebanyakannya tinggal di bahagian tenggara dataran tinggi Yunnan dan Guizhou

Lelaki etnik Shui biasanya memakai baju berwarna biru, tanpa kolar dan memakai topi kecil. Pakaian wanitanya pula diperbuat dengan kain etnik Shui, biasanya tanpa hiasan sulaman renda. Pakaian mereka pada upacara perkahwinan pula jauh berbeza. Di bahagian bahu, lengan dan lutut, malah pada "serban" mereka pula dihias dengan bunga sulaman yang berwarna-warni. Pengantin perempuan juga akan memakai pelbagai hiasan yang diperbuat daripada perak.

Yang paling istimewa dan berciri tradisi ialah tali kain yang diberi oleh ibu pengantin sebagai cenderamata. Semua hiasan pada tali kain ini disulam oleh ibu pengantin dengan menggunakan ekor kuda yang berwarna putih dan sutera yang berwarna-warni. Satu lagi fungsi tali kain ini ialah sebagai kain pendukung bayi bagi wanita etnik Shui. Wanita etnik Shui membawa bayi mereka ketika bekerja dengan memasukkan bayi tersebut dalam kain gendong yang diikat dengan tali kain ini dan menyangkutnya di badan mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China