Perhiasan, jubah, tali pinggang dan but merupakan bahagian yang paling penting dan menjadi ciri khusus dalam pakaian orang etnik Mongol. Perhiasan kepala bagi wanita etnik Mongol diperbuat dengan batu akik, mutiara, emas dan perak.
Mereka suka memakai tiga lapis baju yang panjangnya berbeza-beza. Baju yang paling dalam yang dipakai mereka mempunyai lengan yang panjang hingga ke pergelangan tangan. Baju lapisan kedua mereka mempunyai lengan hingga ke siku. Pakaian yang paling luar merupakan weskot tanpa kolar. Lelaki etnik Mongol memakai jubah dan tali pingga di luar pakaian mereka.