Cari:
Paixiao
2010-01-11 10:07:30 CRI Cetak

Paixiao

Paixiao, sejenis alat muzik tiupan klasik yang terdiri daripada beberapa batang paip yang tidak sama panjangnya ini, mempunyai sejarah yang agak lama. Kononya, seawal lebih 4,000 tahun yang lalu, manusia mendapati bahawa mensiang yang patah di tepi kolam boleh menghasilkan bunyi apabila ditiup angin. Maka, dengan berilhamkan fenomena alam tersebut, orang pada masa itu memotong mensiang, dan meniupnya ketika aktiviti berburu dilakukan.

Paixiao boleh dianggap sebagai sejenis alat muzik yang tertua di China. Catatan yang rasmi tentangnya telah mucul dalam "Shijing", iaitu Puisi Klasik yang merupakan sebuah daripada lima buah karya kumpulan sajak pertama yang paling terkenal dalam sejarah China. Asalnya, alat muzik ini hanya terdiri daripada 3 batang paip sahaja. Melalui evolusi, ia terus berkembang sehingga mempunyai 24 batang paip, yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai irama, baik irama yang cepat dan rancak, mahupun irama yang lembut dan tenang.

Dengan sejarahnya yang cukup lama, gayanya yang unik, bentuknya yang mirip sayap burung phoenix, serta bunyinya yang merdu sekali, alat muzik ini terpilih menjadi lambang muzik kebangsaan China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China