Patung gula mula muncul pada zaman Dinasti Song (960-1279 M). Tukang patung gula biasanya menjual patung gula dengan mengandar peralatannya yang tergantung dapur kecil, gula dan alat-alat yang lain.
Apabila ada kanak-kanak yang datang untuk membeli patung gula, mereka akan memanaskan gula di dapur tersebut, lalu dengan menggunakan sebatang jerami, mereka mencelup sedikit gula yang sudar cair itu dan meniup udara ke dalamnya supaya ia kembung seperti belon. Kemudian, belon gula itu dicubit-cubit dengan jari untuk membentuk pelbagai imej. Apabila gula itu beku dan keras, patung gula itu pun siap.