Cari:
Kota Purba Lijiang (6) 
2010-03-17 08:45:33 CRI Cetak

Kota Purba Lijiang di Bawah Gunung Salji Yulong

Kota purba Lijiang sudah bersejarah lebih 800 tahun. Jaringan jalan yang dibina tidak simetri dan rapi, bangunan-bangunan yang dibina di kaki gunung dan di sisi parit-parit telah memperlihatkan kesederhanaan dan keunikan kota purba itu, ini jarang terdapat antara bandar purba di China. Etnik Naxi dan etnik-etnik lain yang tinggal di sini telah menciptakan budaya etnik yang cemerlang yang mengandungi bidang-bidang etnik, agama, estetik dan sastera.

Kota purba Lijiang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 1997. Pakar Jawatankuasa Penilai Warisan Dunia menyatakan bahawa kota purba Lijiang merupakan tempat tinggal tradisional etnik minoriti yang mempunyai erti penting, wujudnya telah menyediakan bahan berharga bagi pengkajian sejarah pembinaan bandar dan sejarah perkembangan etnik manusia dan juga merupakan warisan berharga China dan seluruh dunia


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China