Cari:
Raja Wu Dinasti Zhou Barat
2010-01-08 10:59:56 CRI Cetak

 

Dalam tempoh pemerintahan Raja Wen di negeri Zhou selama 50 tahun, baginda telah berjaya memakmurkan negeri tersebut dan membuat banyak persiapan untuk meruntuhkan Dinasti Shang. Kemudian, apabila Raja Wu, anak Raja Wen naik takhta, baginda terus melantik pegawai yang berwibawa dan menyatukan babarapa banyak negeri yang lain dengan negerinya.

Pada masa itu Dinasti Shang sudah hampir ke zaman hancurannya akibat kekejaman Raja Zhou. Namun, angkatan tenteranya masih tetap kuat. Raja Wu terpaksa terus menunggu peluang. Dalam latihan untuk tenteranya, Raja Wu telah memimpin tenteranya untuk menziarahi makam ayahandanya, Raja Wen. Kemudian, baginda memerintahkan tenteranya supaya terus maju menunjuk ke arah Chaoge, ibu negara Dinasti Shang. Ketika tentera Raja Wu tiba di sebelah selatan Sungai Kuning, pasukan dari 800 buah negeri yang di bawah pemerintahan Raja Zhou yang kejam itu pun datang untuk membantu tentera Raja Wu menyerang Chaoge. Raja Wu pun faham bahawa Raja Zhou sudah hampir tersingkar. Namun, baginda dan pegawai penasihatnya berpendapat bahawa belum sampai masanya untuk berperang dengan Raja Zhou.

Dua tahun kemudian, Raja Zhou dikatakan telah membunuh beberapa orang pegawai yang penting dalam kerajaannya. Pada pendapat Raja Wu, inilah masa yang baik baginya untuk meruntuhkan kerajaan Raja Zhou. Baginda pun memaklumkan semua raja dari negeri-negeri lain itu supaya bersama-sama menyerang Chaoge.

Setelah meruntuhkan pentadbiran Dinasti Shang dan menubuhkan kerajaan Dinasti Zhou Barat, Raja Wu terus melaksanakan pelbagai dasar untuk menstabilkan kehidupan rakyat. Untuk memperkukuh kerajaanya, baginda pernah bekerja terus menerus selama beberapa hari tanpa berehat walau sekejap pun. Dua tahun setelah menggulingkan pentadbiran Dinasti Shang, Raja Wu pun meninggal dunia. Beliau menjadi teladan dan dianggap maharaja contoh oleh generasi kemudian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China