Orang Etnik Tibet tinggal di tempat yang berlainan. Maka, pakaian mereka pun berbeza sedikit antara satu sama lain. Pakaian orang etnik Tibet biasanya mempunyai lengan yang panjang, pinggang yang longgar dan lapel yang besar. Wanita etnik Tibet memakai jubah yang mempunyai lengan panjang pada musim sejuk dan jubah tanpa lengan pada musim panas. Di dalam jubah mereka yang panjang itu, mereka memakai baju yang berwarna-warni. Mereka juga mengikat apron yang berwarna-warni di luar jubah panjang mereka. Orang etnik Tibet juga suka memakai "Hada". Hada merupakan kain sutera putih yang panjangnya 1 hingga 2 meter. Orang etnik Tibet menganggap Hada cenderamata yang berharga yang selalunya dihadiahkan kepada tetamu yang dihormati.