Seni lukisan gula, iaitu lukisan yang menggunakan gula yang dimasak ini, berasal dari Provinsi Sichuan. Alat-alat yang digunakan oleh tukang lukisan gula ialah satu senduk, sebatang penyodok, sekeping papan batu dan bilah buluh. Tukang akan memanaskan gula hingga menjadi cecair yang likat.
Kemudian ia akan mencedok gula itu dengan senduk dan melukis dengan cepat dengan memenuangkan gula tersebut di atas papan batu mengiku corak lukisan yang disukainya. Kemudian, ia akan melekatkan sebilah buluh pada lukisan gula tersebut dan menyodok lukisan gula itu daripada papan batu itu. Apabila ia sudah beku, inilah lukisan gula yang sangat disukai oleh kanak-kanak di China.