Cari:
Pakaian Etnik Qiang
2010-01-15 11:32:01 CRI Cetak

Orang etnik Qiang kebanyakannya tinggal di Zhou Autonomi Tibet dan Qiang Aba, Provinsi Sichuan. Lelaki etnik Qiang suka memakai jubah yang dibuat dengan kain rami. Weskot yang dibuat dengan kulit kambing biasanya dipakai di luar jubah mereka. Weskot ini dapat digunakan untuk menahan daripada ke sejukan, melingdung ketika hujan dan juga digunakan sebagai tikar. Kulit kambing atau lembu juga diikat pada betis mereka untuk menahan daripada kesejukan dan melindungi kaki.

Wanita etnik Qiang pula suka memakai kain tudung yang disulam dengan pelbagai hiasan. Mereka juga memakai tali pinggang yang dihiaskan dengan bunga sulaman. Wanita etnik Qiang juga suka memakai pelbagai jenis hiasan seperti loket perak, subang, cincin dan sejenis hiasan yang ditenun dengan benang perak dan butiran karang di dada mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China