Cari:
Qu Yuan, Sasterawan dan Patriot yang Segemilang Matahari (1)
2010-01-20 12:42:37 CRI Cetak

Setelah memasuki tempoh akhir zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu kira-kira 2,400 tahun yang lalu, wilayah China terbahagi kepada tujuh negeri, iaitu Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qi. Antara kesemuanya itu, negeri Chu yang terletak di kawasan aliran sungai Yangtze yang luas sekali tanahnya.

Terdapat satu puak bangsawan yang nama keluarganya dikenali sebagai "Qu" yang menetap generasi demi generasi di Qudi, iaitu Kaunti Zhigui, Provinsi Hubei sekarang. Kawasan ini tidak jauh dari Tiga Gaung Sungai Yangtze,. Mereka ini sebenarnya keturunan raja Negeri Chu. Nenek moyang mereka adalah keturunan Xiong Xia, anak Raja Wu yang dianugerahi kawasan Qudi dan dilantik sebagai "Qing" untuk memerintah di kawasan tersebut. Maka, keturunannya menggunakan nama tempat yang dihadiahkan oleh baginda itu, iaitu "Qu" sebagai nama keluarga.

Ada satu peribahasa dalam bahasa Mandarin yang dapat dikaitkan dengan keluarga ini yang berbunyi "Jun Zi Zhi Ze, Wu Shi Er Zhan" . Peribahasa ini bermakna orang yang bijak akan berusaha dengan gigih untuk membina kerjayanya hingga dapat mengumpulkan kekayaan untuk keluarganya, tetapi kekayaan itu sukar dikekalkan melampaui lima generasi. Hal ini berlaku kerana pelbagai sebab, mungkin puncanya dari dalam, mungkin juga dari luar.

Peribahasa tersebut berasal dari sebuah karangan yang berjudul "Li Lou Zhang Ju Xia" yang terdapat dalam kitab "Mengzi". Puak Qu yang sudah mula merosot pengaruhnya ketika memasuki zaman pemerintahan Raja Xuan menjadi contoh peribahasa ini. Ketika itu, Qu Boyong, salah seorang anggota puak Qu, sudah kehilangan gelaran bangsawannya dan layanan istimewa yang diwarisi dari nenek moyangnya, antaranya elaun tetap yang diberikan oleh kerajaan yang dinikmati oleh keluarganya sejak sekian lama. Harta yang dimilikinya juga tinggal sedikit sahaja termasuk tanah pertanian yang luasnya tidak sampai 6,000 meter persegi dan beberapa buah rumah deret yang sudah usang.

Bagaimanapun, Qu Boyong tidakmenyerah sahaja kepada nasib. Dengan semangat yang gigih, beliau meneruskan pengajiannya walau hidup dalam kemiskinan. Beberapa lama kemudian,, beliau menjadi terkenal di kampung halamannya apabila diktiraf sebagai sarjana yang berbakat besar yang berpengetahuan luas.

Qu Boyong berkahwin ketika berusia hampir 40 tahun. Tiga tahun selepas itu, iaitu pada tahun 339 sebelum Masehi yang juga tahun pertama bagi Raja Wei memulakan pemerintahannnya, isteri Qu Boyong melahirkan seorang anak lelaki. Anaknya itu lahir pada hari ke-14 bulan pertama yang kebetulan ditetapkan sebagai Hari Yan, Bulan Yan dan Tahun Yan mengikut kalender tradisional China. Qu Boyong berasa amat gembira kerana tarikh itu dianggapnya bertuah dan akan membantu anak lelakinya membesar menjadi tokoh yang hebat pada suatu masa nanti.

Dengan demikian, Qu Boyong memberikan nama "Ping" dan nama tambahan "Yuan" yang bermakna istimewa kepada cahaya matanya itu. "Ping" melambangkan langit, manakala "Yuan" melambangkan bumi.

Qu Yuan sejak kecil lagi sudah menunjukkan kecerdikan yang luar biasa dan keinginan yang kuat untuk belajar tentang apa-apa yang ada di sekelilingnya, baik bunga, tumbuhan-tumbuhan, gunung dan sungai, mahupun bulan, matahari, hujan dan angin. Dia begitu suka belajar dan sering mengemukakan pelbagai soalan kepada ayahnya. Kadang-kadang, ayahnya, iaitu Qu Boyong pun gagal memberikan jawapan yang memuaskan.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China