Tianzhu atau "mutiara langit" merupakan sejenis batu permata yang kebanyakannya dijumpai di pergunungan Himalaya, terutamanya di Tibet. Orang Tibet berpendapat bahawa Tianzhu merupakan batu yang datang dari langit dan merupakan satu daripada tujuh jenis benda yang paling berharga di Tibet. Sejak 5000 tahun yang lalu, orang Tibet telah menemui batu jenis ini yang mempunyai medan magnet yang kuat. Mereka menjadikan batu ini hiasan kecil yang berupa sekeping papan yang panjang dan bulat, dan melukiskan gambar yang bermakna "bertuah" di atasnya. Setelah diproses dengan menggunakan suhu yang tinggi, pewarna akan masuk ke dalam batu ini dan terjadilah Tianzhu yang dianggap sangat suci oleh orang Tibet. Jika orang Tibet menghadiahkan Tianzhu kepada anda, ini bermakna anda sangat dihormatinya.