Cari:
Lu Ban, Jurubina Yang Terkenal pada Zaman Purbakala
2010-02-01 14:51:26 CRI Cetak

Lu Ban dilahirkan dalam sebuah keluarga tukang bina pada tahun 507 sebelum Masehi. Sejak kecil, beliau sangat berminat kepada mesin, kraf tangan serta seni bina. Beliau juga belajar daripada pelbagai tukang yang berpengalaman dan akhirnya menjadi seorang jurubina yang sangat berbakat dan berkebolehan.

Pada suatu masa, Lu Ban ditugaskan untuk membina sebuah istana yang bukan main besar lagi mewah. Banyak kayu yang diperlukan bagi projek tersebut. Jadi, Lu Ban mengarahkan penolongnya supaya pergi ke hutan di kawasan pergunungan untuk menebang pokok dengan menggunakan kapak pula adalah kerja yang sangat memenatkan dan agak lambat. Jadi, projek tersebut terpaksa ditunda. Lu Ban memutuskan untuk meninjau keadaan kerja para penolongnya dalam hutan itu. Dalam perjalanannya, tangan Lu Ban terkena sejenis rumput, mengakibatkan luka seperti dikelar. Lu Ban sangat terkejut, dan tertanya-tanya mengapa rumput jenis itu menjadi begitu tajam. Setelah disiasatnya dengan teliti, beliau mendapati bahaa pada rumput tersebut ada gigi yang kecil-kecil dan sangat tajam. Dengan ilham daripada rumput itu, Lu Ban berjaya mencipta gergaji yang telah mempercepatkan proses menebang pokok.

Lu Ban juga telah mencipta banyak barang dan peralatan yang lain. Kononnya, Lu Ban pernah mengukir seekor burung daripada kayu yang dapat terbang sendiri selama tiga hari. Peralatan paling penting yang diciptanya ialah tangga yang banyak meningkatkan daya perang tentera ketika menyerang kota yang mempunyai tembok tinggi dan tebal.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China