Cari:
Qu Yuan, Sasterawan dan Patriot yang Segemilang Matahari (3)
2010-02-03 11:50:23 CRI Cetak

Quan Yuan bukan sahaja suka membaca bermacam-macam buku dan meneliti budaya tradisi, tetapi juga memberikan perhatian kepada situasi politik yang sering berubah, baik di dalam mahupun di luar negeri Chu. Beliau sukat menjelajah ke tempat yang berbeza-beza suasananya. Pengalamn yang ditimbanya ketika menikmati pemandangan alam membantu meningkatkan daya puitisnya apabila mencipta puisi.

Ketika remaja lagi, Qu Yuan sudahpun mempunyai cita-cita yang mulia, iaitu akan menyumbangkan seluruh jiwa dan raganya demi mewujudkan kemakmuran tanah air. Beliau yang dikatakannya tampan dan bergaya, sering memakai topi yang tinggi dan jubah yang panjang dengan sebatang pedang diikat pada pinggangnya. Nama Qu Yuan mula tersebar dalam kalangan rakyat di kota Yingdu kerana bakatnya yang terserlah dalam bidang kesusasteraan. Ketika berbual-bual dengan teman-temannya, penyajak ini sering menyuarakan pandangannya yang jitu dan sindiran yang tajam tentang gejala yang terdapat dalam masyarakat. Selain itu, beliau sering menyanyikan lagu puisi di tebing Sungai Yangtze, atau menjelajah di kawasan pergunungan dan hutan, atau mengunjungi tapak tinggalan sejarah dan kampung kuno.

Setelah tinggal di Yingdu ubeberapa lama, keluarga Qu Yuan berpindah kembali ke kampung halaman mereka di Zhigui. Di ZHigui, terdapat banyak pokok limau yang ditanam oleh penduduk kampong, dan Qu Yuan suka akan pokok jenis itu. Beliau telah menghasilkan sebuah puisi yang bertajuk "Pujian untuk Limau" untuk menyatakan kegemarannya terhadap pokok ini.

Puisi itu berbunyi, "Pokok limau ditakdirkan menjadi sejenis pokok yang bagus. Nasibnya ditentukan oleh langit dan bumi untuk dipindahkan dari kawasan utara ke selatan dan begitu cepat ia menyesuaikan diri dengan iklim tempatan. Sesudah ditanam di kawasan selatan, pokok limau ini sukar dipindahkan lagi ke tapak yang lain kerana akarnya begitu dalam menjalar dalam tanah, ibarat azam yang teguh atau kesetiaan yang kuat terhadap tanah yang memupuknya. Betapa gembiranya aku ketika melihat daunnya menghijau dan bunganya yang memutih seperti salji, tumbuh dengan subur."

Hakikatnya, Qu Yuan berhasrat memperkenalkan wataknya sendiri melalui gambarannya tentang pokok limau. Kelebihan yang dimiliki oleh pokok ini sejajar dengan semangat yang dimiliki oleh Qu Yuan yang diiktiraf sebagai seorang patriot yang beretika tinggi.

Puisi "Pujian untuk Limau" ini begitu cepat tersebar di negeri Chu, kerana kata-kata yang digunakannya hidup, gambarannya negitu halus, strukturnya amat mudah dan menyenangkan dan benar-benar mencerminkan semangat patriotik yang dianjurkan oleh penciptanya.

Pada masa itu, Negeri Chu diperintah oleh Raja Huai. Baginda telah membina Istana Lantai, mencontohi langkah raja Negeri Qi yang membina Istana Jixiaxue. Namun, tujuan baginda adalah untuk memanggil tokoh-tokoh yang bijak dan berpengetahuan luas dalam bidang kesusasteraan untuk berkumpul di istana itu supaya dapat dipilih dan dilantik menjadi pegawai untuk kerajaan baginda ketika itu.

Qu Yuan yang sudah menjadi sasterawan tersohor itu juga tidak ketinggalan dipanggil untuk mengadap baginda. Beliau kemudian dilantik sebagai pegawai pelayan bidang sastera.

Raja Huai amat menghormati dan mempercayai Qu Yuan disebabkan pengetahuannya yang luas dan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi, khususnya setelah beliau mengemukakan strategi "Ikat Enam, Lawan Satu". Strategi ini bermakna, bersatu-padu dengan lima negeri, iaitu Negeri Qi, Wei, Han, Zhao dan Yan, dan menyatukan tentera dari kelima-lima negeri tersebut dengan tentera negeri Chu untuk menentang negeri Qin, yang dianggap sebagai negeri yang paling kuat ketika itu.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China