Cari:
Guan Zhong, Perdana Menteri Terkenal Negeri Qi
2010-02-05 13:12:31 CRI Cetak

Guan Zhong (tahun 270-221 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang kewibawaannya sudah merosot pada zaman Musim Bunga dan Luruh.

Ketika beliau bertugas sebagai pegawai kerajaan Negeri Qi, di negeri tersebut telah berlaku rampasan kuasa. Raja Xiang telah dibunuh akibat kekejamannya. Pegawai-pegawai kanan kerajaan pula telah terbahagi dua, sebahagian menyokong Putera Jiu dan yang lainnya menyokong Putera Xiaobai, Ketika itu, kedua-duanya berada di luar negeri. Guan Zhong termasuk ke dalam golongan yang menyokong Putera Jiu. Untuk menghalang kepulangan Putera Xiaobai, Guan Zhong telah memimpin satu pasukan untuk menyerang beliau. Untuk mengelakkan diri daripada dikejar oleh Guan Zhong, Putera Xiaobai berpura-pura cedera akibat dipanah oleh Guan Zhong, dan akhirnya berjaya kembali ke Negeri Qi lalu naik takhta menjadi raja dengan gelarran Raja Huan. Setelah berjaya mendamaikan perang saudara itu, baginda menyatakan hasrat untuk melantik Bao Shuya, pegawai yang membantunya naik takhta sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, Bao Shuya mencadangkan supaya baginda melantik Guan Zhong, rakannya yang lebih berbakat itu sebagai Perdana Menteri. Baginda bersetuju dengan cadangan itu, dan Guan Zhong yang pernah nyaris membunuh baginda itu pun dilantik sebagai Perdana Menteri. Guan Zhong merasa sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kerana bakatnya dihargai oleh baginda. beliau juga sangat menghargai persahabatannya dengan Bao Shuya. Beliau pernah berkata: "Yang melahirkanku ialah ibu bapaku, yang paling memahamiku ialah Bao Shuya."

Setelah menjadi Perdana Menteri, Guan Zhong telah membantu baginda untuk membaiki sistem ekonomi, pentadbiran dan ketenteraan di negeri itu. Usaha beliau itu telah membangunkan Negeri Qi hingga menjadi negeri yang paling kuat pada masa itu dan semua negeri yang lain tundak dan takluk kepada wibawa Raja Huan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China